Rory Finneran Pakai Jersi Kosong Sebab Masih Tak Cukup Umur Hisap Vape

Rory Finneran menjadi pemain palung muda pernah bermain aksi kompetitif untuk Blackburn Rovers.

Dia turun beraksi pada Sabtu lalu, ketika dia masih lagi berusia 15 tahun.

Oleh kerana terlalu muda, Finneran memakai jersi ‘kosong’ tanpa penaja di hadapannya.

Perkara itu dipersetujui antara kelab dan penaja.

Alasannya adalah, Rory Finneran masih di bawah umur dan tidak boleh menghisap vape. Jadi bermakna dia juga tidak boleh mempromosikan jenama vape yang tertera di hadapan jersi Blackburn.

Di UK, had umur untuk seseorang itu merokok atau hisap vape adalah 18 tahun dan ke atas.

Jika dia memakai jersi yang ada jenama vape, dia boleh dikenakan tindakan atau ibu bapanya boleh didakwa kerana Rory Finneran masih kanak kanak di bawah jagaan ibu bapa.

Selain daripada vape, pada usia Finneran di bawah 18 tahun dia juga tidak boleh memakai baju atau jersi yang ada penaja seperti arak, rokok atau perjudian, jika kelabnya ada penaja daripada jenama berikut.

Kita kan tahu di England, kadang kadang, jersi latihan ada penaja lain dan sebagainya.

Penaja jersi mereka Tottaly Wicked merupakan syarikat vape atau rokok elektronik yang mula menaja jersi kelab itu pada 2021/22.

Finneran lahir pada Februari 2008. Membuat debut untuk Everton ketika skuad bimbingan Jon Dahl Tomasson menewaskan Cambridge 5-2 pada aksi Piala FA.

Pemain remaja itu yang masih tingkatan 3 kalau di Malaysia, telah menggantikan hero hatrik Sammie Szmodics pada baki minit minit akhir perlawanan di Ewood Park.

Sebelum ini Rory Finneran disenaraikan di bangku simpanan ketika kemenangan mereka ke atas Bristol City.

Kali ini dia benar benar diberikan debut setelah Jon Dahl Tomasson menilai pemain itu dengan tinggi sekali. Dia dianggap bakat masa depan untuk kelab itu.