Rossi Akui Malu Terbabas Lagi, Jelaskan Suzuki Antara Puncanya

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, gagal menamatkan perlumbaan MotoGP Catalunya 2020 yang berlangsung di Circuit de Barcelona-Catalunya.

Valentino Rossi terbabas di Turn 2 ketika perlumbaan masih berbaki 9 pusingan.

Valentino Rossi, yang memulakan perlumbaan dari posisi ketiga, menunjukkan prestasi yang baik pada permulaannya. Dia bahkan sempat menduduki tempat kedua setelah mengikuti rapat Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) di pusingan 17, giliran 1.

Tidak lama kemudian, dia tergelincir dari landasan ketika cuba menyerang Fabio Quartararo di selekoh.

Ini adalah kali ketiga pelumba legenda Itali itu gagal menamatkan saingan di MotoGP 2020 setelah gagal menamatkan perlumbaan MotoGP Sepanyol dan Emilia Romagna GP – sebelum ini.

Permulaan perlumbaan MotoGP Catalunya 2020 kelihatan menjanjikan sesuatu kepada Yamaha selepas dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, dan Rossi masing-masing bermula dari kedudukan pertama hingga ketiga.

Ramai yang meramalkan podium Catalunya GP sekali lagi akan dikuasai oleh Yamaha.

Namun, hanya Quartararo yang berada di podium – di tangga pertama — diikuti oleh Joan Mir dan Alex Rins yang merupakan pelumba Suzuki Ecstar.

Rossi menyatakan ianya detik memalukan untuk dirinya yang sekali lagi terbabas dan terus gagal memenangi podium ke-200 di dalam kariernya.

“Saya mungkin memacu motosikal agak melampau sehingga saya terjatuh, “kata Rossi.

Rossi menjelaskan bahawa suhu di sebelah kiri motosikal beliau lebih rendah daripada tayar depan.

Rossi kemudian memikirkan dia perlu menjarakkan diri lebih jauh daripada pelumba Suzuki dan Ducati kerana dia tahu Suzuki dan Ducati musim ini sangat baik reputasi pada pusingan lewat yang biasanya para pelumba akan memecut laju dan tidak memikirkan soal tayar lagi.

Tekanan daripada Suzuki dan Ducati membuatkan Rossi mulai dirasi Rossi dan akhirnya dia membuat kesilapan.

“Saya mahu menaikkan kelajuan kerana saya tahu bahawa motosikal yang biasanya lebih pantas pada akhir perlumbaan, Suzuki dan Ducati, dan mereka tidak terlalu jauh di belakang saya,” kata Rossi.

“Kami (pelumba Yamaha) bermula dengan lancar pada mulanya. Kami mempunyai kelajuan yang baik tetapi saya cuba menunggang dengan baik dari tayar depan dan belakang.”

“Setelah Franco melakukan kesalahan di Turn 1, sejak itu saya tidak mahu terlalu jauh dariFabio. Saya mahu tetap dekat dengannya, kerana saya tahu bahawa terutama Suzuki sangat kuat pada akhirnya. Namun, saya melakukan kesilapan.”

Rossi akhirnya menegaskan bahawa misi kejuaraan dunianya musim ini boleh dikira sudah berakhir.

“Saya terlalu memikirkan kemenangan dan akhirnya merosakkanya.”

“Ianya silap saya dan ianya sangat memalukan.”

“Kejuaran dunia secara pratikalnya sudah berakhir buat saya [musim ini].”

Quartararo memenangi perlumbaan dengan hanya sembilan persepuluh saat mengatasi Mir yang bermula dari 8, sementara rakan sepasukan Mir, Rins mengambil podium ketiga setelah bermula dari 13.

Kemalangan itu menjadikan Rossi ke-11 dalam kedudukan pelumba MotoGP 2020. Dia 50 mata di belakang Quartararo yang mendahului kedudukan dengan enam perlumbaan yang tersisa untuk musim ini.

Suzuki menguatkan reputasi mereka selaku motosikal yang sangat bagus dalam pecutan dan grip pada musim ini.

Prestasi pelumba handalan mereka musim ini, Joan Mir juga sangat memberangsangkan.