Rossi Anggap Muridnya Bagnaia Tiada Masalah, Malah Dialah Punca Ducati Lebih Baik Musim Ini

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, memberikan komen beliau berkaitan dengan insiden yang dialami oleh salah seorang muridnya, Francesco Bagnaia (Pramac Racing) pada perlumbaan MotoGP Emilia Romagna 2020 di Litar Misano pada Ahad.

Francesco Bagnaia gagal mendapatkan mata setelah terbabas di Turn 6.

Sebenarnya, dia telah melepasi rakan sepasukan Valentino Rossi, Maverick Vinales, di pusingan kelima untuk menduduki tempat pertama.

Francesco Bagnaia berjaya menjarakkan lagi dirinya dengan Maverick Vinales hingga satu saat memasuki pusingan 10.

Dia menunjukkan kelajuan yang baik pada separuh pertama perlumbaan dengan catatan 1 minit 32.3 dan 1 minit 32.8 saat.

Malang sekali ketika perlumbaan berbaki 7 pusingan, pelumba berusia 23 tahun itu hilang cengkaman pada tayar depannya ketika mendahului perlumbaan.

Rossi mengatakan bahawa Bagnaia tidak ada masalah dengan tunggangannya. Malah Rossi memuji Bagnaia telah menunggang motosikal Ducati dengan cara yang sempurna.

Rossi, yang berada di tempat ketujuh dalam sesi kelayakan MotoGP Emilia Romagna, melabel gaya juara Moto2 2018 pada musim ini telah membantu memperbaiki beberapa masalah Ducati.

Rossi: Pecco menungangga Ducati dengan sempurna

Rossi tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa Bagnaia ada masalah dengan tunggangannya. Sebaliknya Rossi merasakan sebaliknya.

“Pecco [nama panggilan Francesco Bagnaia] membawa motosikalnya dengan dengan sangat baik kerana dengan gaya perlumbaannya. Di mana dia menggunakan Ducati dengan cara yang sempurna,” kata Rossi kepada Motorsport.

“Oleh kerana dia menunggang dengan baik, maka dia dapat membantu memperbaiki beberapa masalah yang Ducati ada musim ini.”

“Namun, dia juga memanfaatkan sebahagian kelebihan Ducati, seperti enjin dan pecutan,” kata Rossi.

“Ducati adalah motosikal berprestasi tinggi, tetapi tidak mudah untuk ditunggang. Oleh itu, Pecco, dia menunggang dengan sangat baik, jika dia mencecah kawasan hijau (kawasan had trek). ”

Menurut Rossi, Bagnaia akan menjadi sangat kuat pada perlumbaan seterusnya kerana dia kini sudah semakin mendapatkan rentak yang sangat baik.

Nasib yang serupa dialami oleh Rossi di perlumbaan MotoGP Emilia Romagna.

Rossi gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami kemalangan.

Rossi, yang memulakan perlumbaan dari ketujuh, jatuh pada pusingan kedua pada giliran 4.

Rossi mempunyai masa untuk meneruskan perlumbaan, tetapi dia akhirnya terkeluar di pusingan 17.

Bagnaia merasa kecewa pada akhir perlumbaan di MotoGP Andalusia. Bagnaia terpaksa keluar daripada perlumbaan dengan baki enam pusingan kerana kerosakan mekanikal pada motosikalnya.

Kesannya, Bagnaia terpaksa melupakan impian untuk naik ke podium sebagai juara di kelas premium.

Dalam perlumbaan di Misano untuk GP Emilia Romagno, podium dikuasai pelumba dari Sepanyol.

Di mana juara adalah Maverick Vinales, di tangga kedua ialan Joan Mir dan di ketiga ialah Pol Espargaro.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.