Rossi Masih Bengang Dengan Lorenzo Dan Minta Yamaha Gantikannya Dengan Dovizioso

Kebencian pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi ke atas Jorge Lorenzo masih belum hilang setelah pelumba ujian itu tidak mengambil bahagian dalam sesi percubaan di Misano Circuit awal minggu ini.

Walaupun dia telah mendapat penjelasan dari pasukannya Yamaha, namun Valentino Rossi nampaknya masih lagi tidak berpuas hati lagi.

Bagi Rossi selaku pelumba ujian, Lorenzo harus memberikan komitmen kerana mereka juga ada peranan penting dalam membantu pasukan mempersiapkan perlumbaan.

Oleh itu, Rossi menyindir Lorenzo di dalam sidang medianya.

Rossi dengan terbuka mengakui bahawa dia akan segera merekrut Andrea Dovizioso jika Yamaha berpeluang menandatanganinya sebagai pelumba ujian musim depan sambil menyindir Lorenzo.

Andrea Dovizioso tiba-tiba menjadi pelumba paling dikehendaki ketika ini setelah dia memutuskan untuk meninggalkan Ducati pada akhir musim ini.

Kegagalan mencapai kesepakatan kontrak baru dengan Ducati adalah alasan Andrea Dovizioso pergi.

Menariknya, Dovizioso mengakui masih belum ada perancangan tentang pasukan mana dia akan sertai musim hadapan.

Hal inilah yang membuatkan Dovizioso membuka peluang seluasnya untuk sebarang kemungkinan termasuk menjadi penunggang ujian mana mana pasukan.

Rossi berkata:

“Mengenai Dovi (Dovizioso) menjadi pelumba ujian Yamaha, tentu saja saya akan segera menandatanganinya,” kata Rossi, seperti yang dilaporkan oleh Motorsport.

“Namun, saya rasa dan saya harap dia akan mencari motosikal untuk perlumbaan musim hadapam. Sebab, saya rasa dia masih muda dan layak berlumba di litar, “kata Rossi lagi.

Andrea Dovizioso kini dikhabarkan bakal menjadi pelumba bagi pasukan Aprilia.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Massimo Rivola mengakui bahawa pasukannya tidak mampu membayar gaji Dovizioso.

Di samping itu, Dovizioso juga dikatakan terbuka untuk mengambil cuti panjang pada tahun 2021 jika tidak mendapat kontrak yang memuaskan hatinya.

Pada masa ini, Dovizioso berada di puncak kedudukan carta pelumba MotoGP 2020 setelah merampas kedudukan Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) yang telah berada di tempat teratas sejak siri perlumbaan pertama.

Dovizioso mendahului kedudukan dengan kutipan 76 mata, walaupun pada perlumbaan terakhir, MotoGP San Marino 2020, yang berlangsung di Litar Misano dia hanya menduduki tempat ketujuh.

Andrea Dovizioso kini berada 6 mata di hadapan Fabio Quartararo. Perkara yang membuatkan dia sendiri pelik dengan perlumbaan musim ini.

Dovizioso  masih tidak menyangka bahawa dia kini berada di puncak kedudukan MotoGP 2020.

Perkara yang membingungkan Dovizioso adalah kerana dia merasakan bahawa prestasinya tidak begitu baik di MotoGP 2020.

Beliau tahu bahawa beliau bukannya terlalu dominan dan baru merasakan satu kemenangan ketika muncul dalam siri MotoGP Austria 2020 dan satu lagi di tempat ketiga dalam siri Sepanyol.

Baki empat perlumbaan, Dovizioso, menghasilkan keputusan yang kurang memuaskan. Namun, di sebalik prestasi yang buruk itu, dia sebenarnya berjaya mendahului kedudukan pelumba MotoGP musim ini.

Ini juga menjadikan Dovizioso segera berfikir bahawa perlumbaan MotoGP 2020 benar-benar pelik dan aneh sekali.

Dia merasakan bahawa dia tidak menyangka akan berada di tempat pertama walaupun prestasi mengecewakan.

Namun bukan bermakna dia tak suka berada di atas. Sudah tentunya Dovizioso sangat gembira apabila mendapat tahu. Malah dia kini mahu menjadikan itu sebagai motivasi untuk tampil lebih baik.

Dovizioso turut merasa kagum dan bersyukur kerana peluangnya untuk menjadi juara dunia di MotoGP 2020 kini lebih tinggi berbanding dengan musim musim sebelum ini.

Dovizioso menyatakan, fokus dia kini hanya mahu meningkatkan prestasi dan motosikal Desmosedici miliknya.

Dia mahu memanfaatkan kelebihan yang ada dan cuba mengejar gelaran dunia pertamanya di kelas MotoGP.

Musim ini setakat ini sudah ada 4 juara berbeza. Dan 12 orang pelumba sudah merasai podium. Jelas sekali tahun ini sangat mengujakan.

Dovizioso berkata: “Kejuaraan tahun ini sungguh pelik, dan sekarang kami pula yang sedang mendahului kedudukan [pelumba MotoGP 2020]. Namun, kita harus melihat sisi positif dari situasi semasa dan terus berusaha, berusaha sekuat tenaga untuk kembali kuat pada perlumbaan seterusnya, “kata Dovizioso, yang dipetik dari Crash.

“Ia adalah perlumbaan yang sukar. Ketika saya bermula dari belakang, saya banyak berjuang untuk mencari rentak pada awalnya. Saya masih tidak boleh bersaing seperti yang saya mahukan dengan tayar dan gaya menunggang yang selalu saya lakukan seperti beberapa tahun sebelum in, kerana ia kurang menjadi sekarang.”

“Untungnya, Selasa ini, kita akan menjalani hari ujian di Misano, yang sangat penting untuk berusaha menyelesaikan aspek ini.”

Dovizioso masuk ke hujung minggu MotoGP San Marino dengan tiga mata dari pendahulu keseluruhan tetapi beliau kemudian berjaya menjarakkan diri dengan enam mata dari Fabio Quartararo setelah saingannya itu gagal mencatatkan skor.

Baca yang lain