Rossi Berharap Inter Akan Menang Dan Lukaku Akan Skor

Inter Milan akan bertemu Sevilla di final Liga Europa yang akan berlangsung di RheinEnergieStaduin pada esok.

Sudah tentu bagi peminat Inter Milan, perlawanan ini sangat penting. Kerana ini adalah pertama kalinya Nerazzurri berada di final pertandingan Eropah setelah memenangi Liga Juara-Juara pada musim 2009/2010.

Pelumba MotoGP Valentino Rossi adalah salah satu orang ternama yang sangat berharap bahawa Inter Milan akan mengalahkan Sevilla.

Dia bahkan telah meramalkan siapa yang akan menjaringkan gol dari pasukan Antonio Conte.

“Ya, saya harap kami menang. Romelu Lukaku akan menjaringkan gol,” kata pelumba Monster Yamaha MotoGP.

Seterusnya Valentino Rossi juga mendedahkan bahawa walaupun ia hanya kasta kedua pertandingan Eropah, Liga Europa sangat penting bagi Inter Milan.

“Kami mempunyai kenangan indah mengenai Liga Europa. Kali terakhir kami dapat bermain di final [musim 1997/1998 masih disebut Piala UEFA], kami berjaya menang,” ingat Rossi.

“Ronaldo menjaringkan gol cantik menentang Lazio di final. Kami juga menjuarainya dan ianya adalah trofi penting,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai pemain terhebat Inter Milan sepanjang zaman.

Rossi berkaat:

“Ronaldo adalah yang terbaik, satu-satunya. Sejak pertama kali menjadi peminat Inter, saya terus menyukai Ronaldo,” kata Rossi.

Rossi memang peminat setia Inter Milan. Namun ketika kecil beliau menyokong Sampdoria. Ketika beranjak remaja, Rossi memutuskan untuk menjadi penyokong tegar Inter Milan.

Namun Rossi tak pasti tahun bila beliau mulai tertarik penyokong Inter.

Rossi hanya dapat memberitahu dia mulai menyokong Inter Milan kerana kedatangan Ronaldo Fenomeno. Sejak dari hari itu, Rossi terus menjadi penyokong setia Inter sehingga ke hari ini.

Ronaldo menyertai Inter pada 1997, ketika itu Rossi baru berusia 18 tahun.

“Saya menyokong Inter Milan sejak kedatangan Ronaldo di sana.”

“Sebelum itu saya tak mengikuti bola sepak sangat. Ketika kecil saya menyokong Sampdoria, terutama sekali kawan saya yang lain adalah Interisti, Milanisti atau Juventini.”

“Dan La Samp masa tu kuat dengan adanya Vialli dan Mancini.”

“Selepas itu Ronaldo datang ke Inter, ianya membuatkan saya teruja.”

Rossi seringkali ditanya wartawan tentang Inter Milan walaupun ketika sidang media rasmi sebelum perlumbaan MotoGP.

Malah sebelum ini beliau pernah diminta memberikan komen ketika Mancini dipecat dan digantikan dengan Jose Mourinho ketika sidang media MotoGP.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan