Rossi: Data Vinales Dan Quartararo Tak Akan Selesaikan Masalah Saya

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, mengaku sedikit berputus asa dengan permasalahan yang dihadapi beliau ketika di MotoGP Sepanyol 2020.

Malah Rossi menegaskan dia tidak yakin bahawa data daripada pelumba lain akan dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

Rossi gagal menamatkan perlumbaan di Jerez. Dengan motosikalnya YZ-M1 tiba tiba mati. Rossi juga menyatakan beliau berdepan dengan masalah tayar yang kritikal.

Bahkan, ia merasa data dari pembalap Yamaha lainnya takkan mampu menolongnya saat ini.

Berbeza dengan Rossi, tiga pelumba Yamaha yang lainnya mampu tampil dengan lebih baik.

Fabio Quartararo mampu meraih kejuaraan. Manakala rakan sepasukannya, Maverick Vinales berjaya menduduki tempat kedua. Seorang lagi pelumba, Franco Morbidelli menamatkan saingan di tangga kelima.

Ketika ditanya adakah beliau akan melihat data Quartararo dan Vinales?

Rossi menyatakan beliau ada melihat data itu, tetapi beliau merasakan data pelumba lain itu takkan mampu menolong menyelesaikan permasalahannya pada saat ini.

Ini kerana menurut Rossi masalah utama beliau kini bukan enjin. Tetapi tayar.

“Ya, kami ada melihat data mereka (Quartararo dan Vinales), dan pastinya selalu sangat menarik.”

“Tetapi, kami memiliki masalah dengan tayar ini, dan setelah beberapa pusingan saya selalu dalam kesulitan.”

“Jadi pada saat ini data mereka tidak akan menyelamatkan kita,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Rossi membandingkan motosikalnya dengan Morbidelli.

Rossi mengatakan mereka memiliki gaya tunggangan yang serupa. Namun begitu, Rossi tetap juga merasakan data Morbidelli takkan membantu karena sekali lagi ia menegaskan memiliki masalah pada tayar.

Rossi sekali lagi dengan terbuka mengkritik pasukan penyedia tayar untuk pasukan Monster Energy Yamaha yang menurutnya seolah olah tidak ada solusi.

“Walaupun gaya tunggangan saya sangat mirip dengan Franco, tetapi fizikal saya juga 10 cm lebih tinggi dan lebih berat,” tambah Rossi, kepada dari GP One.

“Jadi, pokok pangkalnya sekarang adalah yang lain mampu membuatkan tayar mereka bekerja lebih baik. Saya tidak faham mengapa tidak pasukan saya.”

“Walaubagaimanapun masalah itu sangat sukar kerana litar sangat panas, baik untuk tayar mahupun pelumba,” jelas beliau.

Sebelum ini pihak Michelin mengkritik gaya tunggangan Rossi sebagai punca masalah tayar.

Perkara itu dibidas oleh Rossi kerana menurutnya memang masalah tayar. Beliau menafikan dia takut untuk merebahkan badannya keluar daripada motosikal.

Malah Rossi menyatakan dia memang pelumba yang suka badannya keluar daripada motosikal. Namun masalah tayar membuatkan beliau jadi tak selesa.

Rossi mengambil risiko dengan menggunakan tayar lembut di bahagian hadapan. Ianya juga tak membantu beliau.

Malah Rossi yakin motosikalnya bermasalah kerana tayar. Dan beliau yakin dapat menang GP Sepanyol itu jika motosikalnya berada dalam kondisi terbaik.