Rossi Dedahkan Kenapa Sukar Untuknya Bersara, Namun Akui Harinya Semakin Hampir

Pada usianya yang sudah 40 tahun, Valentino Rossi terus memacu jentera 2 roda di MotoGP.

Malah beliau masih berada di kalangan pencabar kejuaraan.

Cintanya kepada litar perlumbaan memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Hampir tiada apa yang dapat melunturkan semangatnya meskipun hari ini dominasi Marc Marquez.

Pada musim 2019, Valentino Rossi aka The Doctor merupakan pelumba tertua dalam perlumbaan MotoGP.

Buat masa ini langsung tiada tanda tanda untuk beliau bersara daripada litar perlumbaan. Beliau sudah berluma selama 25 tahun sebagai profesional di dalam karierny.

Pada 19 Februari 2020 akan datang legenda Valentino Rossi akan menjengah usia 41 tahun.

Rossi menegaskan cinta beliau kepada litar, motosikal dan helmet masih terlalu kuat. Itu adalah kebahagiaan sebenar buat dirinya.

Itulah sebabnya Rossi terus berlumba meskipun ramai yang berpendapat beliau sudah tidak kompetitif.

Rossi masih enggan meninggalkan litar kerana beliau masih menikmati detik berlumba di atas litar bersama pelumba pelumba lain, walaupun generasi baharu semakin ramai melakukan debut.

Rossi berkata: “Di atas litar, ia memerlukan pergerakan, refleks, fikiran, fokus dan tindakan tubuh badan yang tangkas.”

“Ia memberikan saya kebahagian yang eksklusif walaupun ada sedikit risiko.”

“Ianya satu kenikmatan yang tak terhinga apabila dapat mencapai sasaran kita.”

“Berlumba di atas litar akan membantu saya mengalihkan fikiran daripada perkara lain. Ia juga dapat membantu saya membunuh waktu dengan menghilangkan rasa bosan.”

Beliau juga mendedahkan dalam setiap perlumbaan, persiapan rapi akan dibuat secara khusus. Ini bagi mengelakkan seseorang pelumba terdedah kepada risiko kemalangan dan sebagainya.

Kemalangan itu memang asam garam dalam perlumbaan tetapi seseorang pelumba itu perlu dalam keadaan sangat bersedia untuk mengurangkan risikonya.

Ia bukanlah sukan yang semata – mata mempertaruhkan jentera yang laju dan pelumba yang cekap. Tetapi memerlukan setiap pelumba untuk benar-benar bersedia.

Buat masa ini, pasukan yang diwakili oleh Rossi masih selesa dengan khidmatnya dan tiada tekanan untuk beliau bersara.

Rossi turut membayangkan musim 2020 akan menjadi musim penentu sama ada beliau akan besara ataupun tidak selepas itu.

Beliau mahu melihat kemampuan beliau pada musim hadapan. Keputusan pada musim hadapan ibarat penentu kariernya.

Baca yang lain