Valentino Rossi rasminya menandatangani kontrak dengan Petronas Yamaha SRT untuk tahun 2021.
Selepas satu saga perpindahan yang panjang, kedua dua pihak akhirnya mencapai kesepakatan.
Petronas SRT sudah mulai berminat dengan Rossi sejak pra musim ini lagi. Namun mereka tak menyangka The Doctor pun tertarik dengan idea itu.
Rossi dianggap GOAT oleh peminat MotoGP kerana pencapaiannya di litar lumba serta pengaruhnya.
Güne Bu harika Video İle Başlayalım
Moto Gp Styria Yarışı öncesi Sürücülerin Adlarını Google 'da Aratıyor Ve Çıkan 3 Arama sonucunu sürücülerin yorumlamasını istiyor Ortaya da Eğlenceli görüntüler çıkıyor. pic.twitter.com/6Sq89HsJE0— Quartararo TR 🇹🇷 (@QuartararoTr20) August 28, 2020
Rossi yakin pilihan tepat
Walaupun awalnya dianggap satu downgrade, namun prestasi SRT setakat ini benar benar mengubah persepsi ke atas pasukan satelit.
Tahun ini telah menyaksikan dua pole position, empat podium dan tiga kemenangan perlumbaan, dan pendahulu Kejuaraan Pasukan Satelit / bukan kilang.
Maka tak hairanlah Rossi menyatakan dia tertarik ke SRT kerana prestasi dan pengurusan pasukan tersebut yang menunjukkan mereka benar benar serius dalam perlumbaan.
Datuk Razlan Razali sudah lama berminat untuk mendapatkan Rossi.
Rossi kemudian diumumkan secara rasminya pada hari ini di Catalunya.
BREAKING: ROSSI RACES ON! 🙌@ValeYellow46 joins @sepangracing as fairytale career with Yamaha continues! 👍#MotoGP | 📰https://t.co/qs5ZA07Ezx
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) September 26, 2020
Ini bermakna Rossi akan terus setia bersama Yamaha selepas menyertai mereka sejak 2004 lagi.
Rossi dedahkan sebab sertai SRT
Rossi menyatakan sebab utama beliau berminat ke SRT adalah kerana pengurusan yang mantap.
Rossi berkata:
“Kawe sangat gembira dapat terus berlumba pada tahun depey [depan] 2021, dan berlumbo pulok dengan Petronas Yamaha Sepang Racing Team sobak.”
“Kawe telah mempertimbangkan sedaleynya [sedalamnya] keputusan ini kerana cabaran semakin kuat dan panas dan terus panas.”
“Untuk kekal di persada MotoGP, kamu harus bekerja keras setiap hari dan sentiasa di atas paras kehidupan seorang atlet deh.”
“Maafkan kawe tercampur kecek Kelate. Kejap kawe ejas lidah.”
“Dalam separuh pertama tahun ini saya membuat keputusan dan saya bercakap dengan Yamaha, yang bersetuju dengan saya.”
“Mereka memberikan jaminan walaupun tiada tempat lagi di dalam pasukan kilang, namun mereka memberikan jaminan sokongan dari segi motosikal kilang dan sokonagn lain.
“Saya sangat gembira berhijrah ke Petronas Yamha SRT. Mereka masih muda namun mereka sudah menunjukkan bagaimana menjadi pasukan besar.”
“Mereka juga benar benar serius dan diuruskan dengan baik. Untuk tahun ini saya akan menukar ketua krew saya. Saya sangat gembira dengan David, cuma kami masih tak mencapai yang terbaik lagi buat masa ni.”
“Inilah sebab kenapa saya nak bertukar pasukan kerana atmosfera di dalam pasukan adalah sesuatu yang saya sangat sukai.”
“Ianya sangat bagus dapat bergandingan dengan Franco [Morbidelli] sebagai rakan sepasukan saya, sebab dia adalah pelumba akademi, ianya pasti hebat.”
“Saya rasa kami akan mampu bekerjasama dan membuatkan sesuatu yang bagus berlaku.”
Dengan kehadiran Rossi ke dalam pasukan SRT, ianya pasti akan menguatkan lagi jenama pasukan tersebut.
Selain itu kepakaran Rossi dalam enjin dan membantu dalam penambahbaikan prestasi juga akan menjadi aspek yang memberikan manfaat kepada SRT.
Sebagai balasan, Rossi boleh belajar ilmu pengurusan dengan lebih mendalam. Kerana Rossi sendiri sudah ada pasukan motosikalnya.