Rossi Kecewa SRT Hampiri Dovizioso, Dan Mendadak Mahu Bersara

Menurut laporan Speedweek,  pelumba legenda Monster Energy Yamaha Valentino Rossi kini dikatakan tiba-tiba mempertimbangkan untuk membatalkan niatnya untuk meneruskan kariernya di MotoGP 2021.

Masa depan Rossi awalnya  dikatakan akan diumumkan selewatnya pada akhir Ogos. Namun perbincangan dengan Rossi menjadi rumit. Bos Yamaha, Lin Jarvis menegaskan rundingan rumit kerana melibatkan 3 pihak iaitu Yamaha SRT, Rossi dan Yamaha sendiri.

Jarvis turut menyatakan bahawa isu penajaan juga antara yang dibincangkan dalam usaha membawa Rossi ke SRT.

Lebih menghangatkan keadaan apabila Petronas Yamaha SRT secara terbuka tidak senang dengan permintaan Rossi yang mahu membawa semua krewnya ke SRT.

Kini rundingan sudah berlanjutan selama beberapa bulan dan hampir memasukan pertengahan September. Yamaha cuba menyelesaikan isu Rossi menjelang GP San Marino.

Rossi ingin membawa seluruh anak buahnya ke SRT, meneruskan tradisinya sebelum ini sejak membuat debut GP500 pada tahun 2000.

Sebaliknya, Quartararo juga ingin membawa seluruh krunya ke pasukan kilang.

“Kami kehilangan Fabio, dan kami menyediakan tempat kosong untuk Vale. Yamaha menandatangani Vale, dan setakat ini kami belum mendengar bahawa dia telah menandatangani kontrak.”

“Jadi, itu bergantung pada Vale dan Yamaha. Kami hanya sebahagian kecil daripada semua ini. Dia diikat oleh Yamaha secara kontrak, dan bukan Petronas, “kata Zeelenberg kepada Motorsport.

Walaupun Rossi belum menandatangani kontrak, Valentino Rossi kelihatan sudah pasti mewakili SRT pada tahun 2021.

Ada juga laporan menyatakan Rossi mungkin akan diberikan peluang untuk membawa seluruh krewnya ke SRT.

Tetapi harus menunggu keputusan Quartararo mengenai perkara yang sama.

Namun, Zeelenberg menegaskan Rossi sangat ingin membawa krewnya berbanding dengan Quartararo.

“Itulah yang mereka bincangkan. Vale mempunyai pilihan sendiri, tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab.”

“Kami adalah pasukan yang bekerja untuk masa depan. Vale memang mempunyai masa setahun, dan dia melakukannya dengan baik pada usianya, tetapi dia bukan masa depan kita, dibandingkan dengan pelumba muda yang lain.”

“Walaupun dia legenda dan akan mewakili kami tahun depan, kami ingin menggabungkannya dengan pasukan muda kami, dan ianya adalah hak kami untuk memutuskan siapa yang akan bekerja dengan pasukan kami,” kata mantan jurulatih perlumbaan Jorge Lorenzo dan Maverick Vinales itu.

Sebelum ini Yamaha sudah memberikan lampu hijau untuk Rossi membawa krewnya dari Monster Energy, namun hanya dua orang sahaja.

Beberapa minggu lalu juga, Prinsipal Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali mengingatkan Rossi bahawa mereka tidak akan tunduk dengan karenah diva mana mana pelumba termasuk Rossi.

Rossi mungkin akan bersara

Speedweek melaporkan bahawa masa depan Rossi dengan SRT akan diumumkan menjelang MotoGP San Marino di Misano.

Sejak awal tahun ini, Rossi mengakui bahawa dia tidak mahu bersara dan ingin terus berlumba hingga akhir 2021.

Ini kerana tempatnya dalam pasukan kilang rasmi akan diambil alih oleh Fabio Quartararo. Rossi bertekad untuk terus mewakili Yamaha. Dan beliau sanggup ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT.

Namun malangnya, sehingga kini tidak ada kontrak yang ditandatangani.

Sebelum perlumbaan di Jerez pada pertengahan bulan Julai, Rossi bahkan mengakui bahawa dia akan 99% mempertahankan SRT pada tahun 2021.

Kesukaran rundingan dengan Rossi membuatkan SRT dikatakan mempertimbangkan untuk membawa masuk Andrea Dovizioso yang sah akan ‘bercerai’ dengan Ducati.

Dovizioso sendiri bukanlah nama asing dengan Yamaha. Pelumba Itali itu pernah mewakili Monster Yamaha Tech 3 pada tahun 2012, dan tampil cukup kompetitif, dengan mencatatkan enam podium.

Oleh itu, tidak ada keraguan bahawa ia akan dapat memandu YZR-M1.

Oleh kerana itulah Rossi dikatakan mungkin akan bersara selepas tamat musim ini, jika permintaannya tidak dapat dipenuhi SRT ataupun gagal mendapatkan kontrak yang memuaskan hatinya.

 

Kini Yamaha dan Rossi masih berunding untuk kontrak pelumba itu. Adakah Rossi akan benar benar akan bersara?

Baca yang lain