Rossi: “Motor Saya Lambat Pick Up Dan Tak Sedap Ditunggang Pada Suhu Panas”

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, kehairanan dan was was setelah tampil kurang cemerlang pada latihan bebas pertama dan kedua MotoGP Jerez 2020 pada Jumaat.

The Doctor gagal beradad di 10 teratas dalam dua sesi. Berada di tangga ke-13 pada FP1 dan ke-20 dalam FP2.

Sedangkan rakan sepasukannya Maverick Vinales, sangat cemerlang berada di tangga kedua dalam FP1.

Ketika Vinales menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam FP2, Rossi terus hambar dan mencatatkan keputusan lagi teruk di FP2.

Sebaliknya dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, tampil bergaya menguasai tempat pertama dan kedua dalam FP2.

Rossi, Legenda MotoGP dari Itali itu tidak pasti apa yang berlaku kepada jenteranya.

Beliau merasakan motor yang ditunganggnya tidak cukup cepat untuk mencapai top speed dan masalah pada tayar belakang.

Dipetik daripada Speedweek, Rossi berkat: “Ini hari yang sukar buat kawe deh. Kawe tak dapat memecut mencapai top speed dengan cepat.”

“Prestasi kawe lebih baik sebelah pagi. Tetapi pada sesi kedua, kami berdepan kesulitan.”

“Kami bermasalah dengan suhu pada tayar belakang motor kawe. Dan juga satu lagi, masalah pada grip.”

“Cuaca pada pagi lebih sujuk, jadi kawe lebih dekat sikit dengan pelumba lain. Ketika sesi dalam cuaca panas, saya kesulitan dengan suhu tinggi.”

“Kawe jadi tak selesa dengan motor kawe. Kawe gagal untuk melakukan konering dengan lebih cepat,” tegas Rossi yang tanpa sedar berkecek campur slank Kelate dalam artikel ini.

The Doctor berharap masalah itu akan segera diatasi oleh pasukan kejuruteraan dan mekanik beliau.

“Persaingan di antara pelumba sekarng ni sangat sengit. Saya berada di tiga terakhir pada aksi siang, tertinggal kira kira 1 saat daripada pendahulu.”

Baca juga:

Rossi Setuju Sertai Yamaha Sepang Racing Team, Kontrak 1+1

“Insiden Sepang Clash Adalah Kehendak Marquez Kerana Dendam Pada Rossi”

Bos LCR Honda Nasihatkan Rossi, Jangan Malukan Diri Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan