Rossi: Saya Tak Jadi Bersara Jika Juara Musim Ini

Sebelum ini, legenda MotoGP, Valentino Rossi mengumumkan persaraannya pada akhir musim ini.

Namun Rossi menegaskan bahawa beliau sedia untuk membuat pusingan U dalam persaraannya itu jika berjaya menjadi juara dunia pada musim 2021.

Rossi kini beraksi bersama dengan pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT.

Rossi melanjutkan kariernya untuk musim ke-26. Rossi bergandingan dengan Franco Morbidelli.

Mengikut perancangan Yamaha, Rossi menimba ilmu pengurusan bersama SRT sambil menyumbang kepada pasukan tersebut dari sudut teknikal. Di mana Rossi membantu dalam analisis motosikal mereka. Rossi membawa beberapa pakar dari pasukan kilang dan kekal menggunakan motosikal kilang.

Selain itu Rossi masih menaruh harapan untuk kembali ke podium.

Yamaha sebelum ini menegaskan bahawa Rossi akan bersara di SRT dan kemudian akan fokus kepada pengurusan pasukan miliknya iaitu Sky Racing Team VR46 yang ramai bakat muda.

Bos Yamaha iaitu Lin Jarvis dalam satu dokumentari khas, melabel Rossi lebih besar daripada MotoGP.

Rossi menegaskan bahawa beliau tidak terfikir langsung untuk mengubah keputusannya berdasarkan situasi semasa. Dan dia sudah menetapkan tetap akan bersara akhir musim ini.

Di samping itu Rossi menyatakan bahawa pengumuman persaraan itu dibuat sematangnya selepas berfikir sedalamnya.

“Walaupun saya mengatakannya di pertengahan musim dan masih ada lagi perlumbaan selepas itu, saya harus tetap fokus di trek. Saya masih mahu berlumba. Saya mahu mendapat keputusan yang baik dan menikmatinya” kata Rossi.

“Seperti yang saya katakan, semuanya bergantung pada hasilnya pada akhir musim ini. Jadi jika saya menjadi juara dunia, saya akan terus berlumba tahun depan,” kata Rossi sambil ketawa.

Pada ketika ini Rossi berada di kedudukan ke-19 dengan 20 mata. Rossi berada 150 mata di belakang Fabio Quartararo yang mendahului kedudukan pendahulu.

Walaupun peluangnya sangat tipis, Rossi menegaskan bahawa, secara matematiknya, dia sebenarnya masih mempunyai peluang untuk menjadi juara kerana masih ada lapan perlumbaan yang tersisa.

Pemenang sembilan gelaran dunia masih gagal menduduki podium musim ini. Pencapaian terbaiknya hanya menduduki tempat ke-10 dalam MotoGP Itali.

Pada perlumbaan MotoGP Styria hujung minggu lalu, Rossi menduduki tempat ke-13.

Hujung minggu ini Rossi akan kembali bertanding dalam MotoGP Austria 2021.

Baca yang lain