Valentino Rossi tidak dapat mengeluarkan kata kata untuk menggambarkan kegembiraan dan rasa terkejut beliau apabila dipertemukan semula dengan motosikal motosikal yang menjadikannya juara dunia sepanjang kariernya.
Rossi reunion dengan motosikal yang berjasa dengannya itu di Litar Ricardo Tormo menjelang MotoGP Valencia semalam.
The Doctor jelas sekali tidak menyangka bahawa Dorna Sports akan memberikan kejutan yang begitu bermakna baginya pada musim terakhir dia berlumba.
Motosikal tersebut adalah Aprilia RS125 1997, Aprilia RS250 1999, Honda NSR500 2001, Honda RC211V 2002, Honda RC213V 2003, dan 2004, 2005, 2008 dan 2009, serta Yamaha YZR-bikes 1.
“Saya mahu mengharungi perlumbaan terakhir seperti biasa, tetapi tidak mustahil! Saya sangat beremosi sejak awal hari ini, selepas melihat semua motosikal saya, terutamanya semua pelumba MotoGP di sini.”
Pelumba pelumba yang lain turut menghadiri majlis kejutan itu. Di mana motosikal motosikal Rossi didatangkan khas dari rumahnya, tanpa pengetahuannya.
“Saya berasa sangat senang sekali,” kata Rossi dalam sidang media.
Sudah menjadi kebiasaan dalam kontrak MotoGP, di mana pelumba yang memenangi kejuaraan Dunia akan diberikan terus motosikal yang membawa mereka juara.
Rossi menyatakan bahawa beliau sudah lama menyimpan dua motosikal Aprilia dan empat motosikal Yamaha. Cuma dia agak sedih apabila tidak pernah mendapat tiga motosikal Honda yang ditungganginya pada awal kariernya dulu.
Sedangkan juara dunia dengan motosikal Honda yang lain mendapat motosikal perlumbaan mereka sendiri.
“Saya ada semua motosikal juara saya, kecuali Honda. Saya ada semua motosikal Aprilia dan Yamaha. Motosikal Yamaha saya ada di rumah, model 2004 ada di bilik tidur saya. Jadi setiap kali saya bangun setiap pagi, saya nampak motosikal itu dan menyapanya!” katanya.
“Namun, melihat mereka semua berbaris begitu, saya berasa sangat terharu. Perjalanan karier saya sangat panjang sejak tahun pertama, sudah lama. Lagipun, jika anda ingat, motosikal juara saya yang terakhir, ia adalah 10 tahun yang lalu! Ia sudah lama. Dan perjalanan ini angat emosional,” tegas Rossi dalam nada bercampur sayu.
Sesi ‘reunion’ Rossi bersama motosikalnya turut dihadiri Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis; Pengurus Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig; dan Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola.
Ketika sesi itu juga, Rossi dilihat bercakap cakap dengan Puig dan sempat meminta agar Puig memberikan motosikal Honda NSR500 miliknya dulu. Kerana Rossi benar benar mahukannya.
Honda pernah kecewa sebab Rossi
Dahulu Honda pernah makan hati apabila Rossi meninggalkan mereka. Mungkin sebab itu Honda tak pernah memberikan motosikal kemenangan itu kepada Rossi.
Sebelum ini Rossi pernah menyatakan bahawa, salah satu perkara paling membanggakan beliau adalah kejayaannya meninggalkan Honda. Ini kerana ianya memerlukan keberanian untuk meninggalkan zon selesanya di Honda dengan menyertai pasukan lain.
Rossi ketika itu sudah memiliki segalanya di Honda. Motosikal yang bagus dan juga pegawai terbaik.
Bercakap kepada Marca, Rossi menyatakan bahawa perkara yang paling dia banggakan dalam kariernya yang panjang di Grand Prix adalah keberanian untuk meninggalkan Honda yang ketika itu berada di prestasi cemerlang untuk pergi ke Yamaha, yang pada tahun 2004.
Di mana ketika itu Yamaha mengalami kemarau gelaran dunia sejak tahun 1992, tahun mereka memenangi GP500 dengan Wayne Rainey.
Rossi membuat debut di kelas tertinggi pada tahun 2000 dengan Nastro Azzurro Honda, dan berjaya menjadi naib juara sebelum menjadi juara dunia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, Rossi pindah ke Repsol Honda, dan berjaya sekali lagi, juga setahun selepas itu.
Prestasi ini memberikan Rossi kekuatan luar biasa, tetapi sebenarnya dia tidak selesa dengan Honda, yang menurutnya terasa hebat hanya kerana kualiti motornya, tanpa kualiti daripada para penunggang.
Beliau kemudian menerima tawaran dari Yamaha, yang hampir menarik diri dari MotoGP kerana terus gagal menang.
Keputusan Rossi untuk berpindah ke Yamaha dipersoalkan, dan bahkan ditertawakan oleh pesaingnya.
Rossi terus menang dalam siri pembukaan 2004, dan juga segera memenangi gelaran dunia. Secara keseluruhan, beliau memenangi empat gelaran bersama pasukan Biru.
“Ketika bersama Honda, saya mempunyai pasukan dan motosikal terbaik.”
“Dalam empat tahun, saya memenangi tiga gelaran dunia. Tetapi yang paling membanggakan saya adalah keberanian untuk menukar pasukan dan berpindah ke Yamaha,” kata juara dunia sembilan kali itu.
⚡️ A duel of champions: "@marcmarquez93 vs @ValeYellow46 2013 – 2020”https://t.co/YwKURVEYAY pic.twitter.com/tXLl9Fex9Z
— Rob Bailey (@ImRobBailey) August 12, 2020
Pelumba berusia 42 tahun ini juga tidak menafikan bahawa itu adalah keputusan agak ‘bodoh’, tetapi beliau bangga dapat menghadapi cabaran besar untuk membantu Yamaha bangkit.
Pada akhirnya, Rossi kini telah menjadi ikon dan legenda hidup pengeluar dari Iwata, Jepun.
“Sudah tentu Yamaha sudah berada di level tertinggi, tetapi pada waktu itu, untuk berpindah dari Honda ke Yamaha, ia memerlukan keberanian, dan juga sedikit kebodohan.”
“Oleh itu, jika anda melihat kembali masa lalu atau karier saya, apa yang membuat saya paling bangga adalah menerima cabaran itu. , dan menang dengan motosikal lain, ” tambah Rossi lagi.
1 unit NSR pun saya dah cukup gembira – Rossi
Rossi menyatakan dia tidak berharap untuk mendapat kesemua 3 motosikal Honda NSR500 yang menjadikannya juara dunia dulu. Namun cukuplah jika diberikan 1, terutama sekali yang ditunggangnya pada musim 2001.
“Saya telah bercakap dengan Alberto, dan saya meminta sekurang-kurangnya yang 500cc itu, kerana motosikal itu adalah motosikal sebenar saya,” tegas Rossi merujuk buat pertama kalinya dia diberikan jentera yang benar benar direka khas mekanik untuknya.
Rossi menambah: “Motosikal itu yang sepatutnya diberikan oleh Honda kepada saya. ,” katanya.
“Saya sentiasa bersedia untuk menerimanya, malah telah menyediakan tempat khas di rumah. Tetapi entah kenapa, motor itu tidak pernah datang. ”
“Saya gembira jika Honda berubah fikiran dan memberi saya motosikal itu. Saya berjanji akan menjaganya dengan baik. motosikal itu, dengan suhu yang ideal, akan mempunyai tempat yang baik di rumah saya!” tambah pelumba berusia 42 tahun itu.