Pelumba legenda, Valentio Rossi dilaporkan bakal mengumumkan pasukan baharunya dalam masa terdekat.
Dan beliau dikatakan bersedia meneruskan karier di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).
Rossi mahu terus kekal bersaing dalam MotoGP pada musim baharu. Dan beliau tidak terfikir untuk bersara dalam masa terdekat ini.
The Doctor yang juga juara dunia sembilan kali itu dijangka akan mengumumkan persetujuan kontrak selama dua tahun (1+1) pada pusingan pembuka tirai di Jerez minggu depan.
Rossi mulai hangat dikaitkan dengan pasukan satelit dari Malaysia itu sejak beberapa bulan lalu.
Ini selepas beliau sah tidak akan beraksi dengan pasukan pengeluar. Walaupun Yamaha SRT merupakan pasukan satelit, namun pasukan tersebut dilaporkan mendahului lawan mereka yang lain dalam mendapatkan tandatangan Rossi.
Jika benar kontrak dua tahun itu dimeterai, maka Rossi akan terus berlumba sehingga usia 43 tahun.
Bos Yamaha, Lin Jarvis sudah menyatakan sokongan penuh kepada Rossi.
Namun ada beberapa pihak tetap tak senang dengan berita Rossi mahu bergabung dengan pasukan satelit.
🗣️🤝❗️ ¡Solo falta que se haga oficial!@ValeYellow46 y el @sepangracing habrían llegado ya a un acuerdo para el desembarco de 'The Doctor' al equipo satélite de Yamaha para #MotoGP 2021. El acuerdo se hará oficial en este próximo #SpanishGP https://t.co/KLLCIVuOje
— MotoGP noticias (@MotoGPnoticias_) July 10, 2020
Lin Jarvis menyatakan: “Ketika kami yakin dengan kemampuan dan kepantasan Rossi untuk musim ini, pada masa sama Yamaha juga perlu mempunyai perancangan untuk masa depan.
“Dengan enam jentera pasukan pengeluar di kelas MotoGP, khidmat pelumba muda menjadi keutamaan.”
Italian media site Corsedimoto are reporting that Valentino Rossi has signed a 1+1 deal with Petronas Yamaha, this should be announced over the Jerez weekend #MotoGP https://t.co/LpSvK8MvfR pic.twitter.com/W1OCOCbiZz
— everythingmotoracing (@everythingmrace) July 10, 2020
“Memang agak pelik apabila Rossi tidak bersama pasukan pengeluar pada 2021, tetapi Yamaha masih bersamanya dan melihat apa saja keputusan demi masa depannya,” katanya.
Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali sebelum ini berkata, hanya dua krew Rossi akan dibenarkan menyertai pasukannya.
Manakala krew yang lain bakal bekerja bersama Fabio Quartararo yang dan kekal dalam pasukan pengeluar, Yamaha MotoGP. Quartararo merupakan pengganti Rossi di pasukan pengeluar.
“Penting untuk kita memiliki kestabilan dan penting bagi kita untuk terus bekerja dengan penunggang yang sudah kita miliki seperti Frankie, “katanya.
“Dia masih muda, dia masa depan pasukan, dan kami harus memberikan banyak penekanan kepadanya.”
“Kami tidak mahu Valentino datang dan mengganggu struktur kami, sama ada, kunci, stok dan tong dari pasukan pengeluar.”
“Kami hanya boleh membiarkan beliau datang dengan seorang atau dua orang – beliau harus bekerja dengan struktur kami yang lain di luar itu.”
"The Doctor", Valentino Rossi expected to announce 2 year deal with Petronas Yamaha SRT next week. https://t.co/GJsEh52TIR
— Raymond Goh (@RaymondNewsMPB) July 11, 2020
Sebelum ini sudah ramai peminat di Malaysia sudah tak sabar untuk melihat kelibat Rossi menyertai pasukan yang berpangkalan di Sepang itu.
Namun begitu, Datuk Razlan Razali buat masa ini belum mengesahkan sebarang perkara tentang kesepakatan itu.