Rossi: Yamaha Harus Percayakan Saya, Dan Kini Kami Lebih Baik

Valentino Rossi gembira keana pihak mekanik dan staf kejuruteraan pasukannya sudah memperbaiki motosikalnya.

Dan hasilnya dia berjaya menempatkan diri di tangga kedua dalam FP1 di Jerez. Litar yang sama di mana dia gagal menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas dalam dua sesi latihan bebas.

“Ianya minggu yang sukar buat pada minggu lalu. Motosikal saya masa tu sangat slow. Dan kami melakukan beberapa perubahan.”

“Dan kami berjaya mendapatkan prestasi lebih baik, sama ada pada pecutan dan juga penggunaan tayar terpakai.”

Walaupun pada keadaan litar panas? Ini kerana sebelum ini Rossi mengeluh tayarnya bermasalah di litar panas.

Rossi menjawab: “Apabila suhu naik, ianya membuatkan motosikal saya sedikit sukar, Benar, namun sekarang ini saya dalam 2 atau 3 mata di belakang prestasi terbaik. Tapi saya yakin kami akan memperbaikinya.”

Ditanya sama ada beliau membuat perubahan pada motosikalnya sebelum ini, Rossi berkata:

“Saya membuat perubahan dalam pasukan kerana saya perlukan sesuatu yang berbeza. Namun semua ini mengambil masa.”

“Namun ada beberapa perkara sangat sukar untuk anda lakukan perubahan kerana sukar secara politik [dalam pasukan].”

“Dari luar nampak semua ini mudah je kan?”

Rossi kemudian meminta Yamaha untuk mendengar apa yang beliau utarakan dan sentiasa menyokongnya.

Pada masa yang sama Rossi menegaskan situasi di kem Yamaha sekarang adalah lebih baik berbanding seminggu lalu.

“Jadi saya perlukan pasukan Yamaha yang menyokong saya dan percaya bahawa saya boleh pergi lebih laju.”

“Kerana saya mahu menjadi berbeza daripada pelumba yang lain.”

“Saya tiba daripada minggu lalu yang sukar apabila saya mendapati saya sangat perlahan. Perkara ini berlaku sejak musim lalu ketika di litar Aragon, Montegi, misalnya.”

“Saya sepatutnya lebih baik daripada itu. Dan saya berharap saya kini berada di landasan yang tepat, saya sangat optimis.”

Mampukah Rossi memenangi GP Andalusia selepas ini? Sama sama kita nantikan persembahan daripada The Doctor.

Sumber: GPOne

Baca yang lain