Rosyam Nor Anggap Pusat Pelacuran Satu Keperluan Di Malaysia Kerana Ramai Warga Asing

Datuk Rosyam Nor dalam podcast di saluran TikTok Suhan Channel Official membuat satu kenyataan kontroversi.

Di mana dia menyatakan bahawa pusa pelacuran adalah satu keperluan di Malaysia memandangkan Malaysia terlalu banyak warga asing.

Dengan ramai warga asing yang berjauhan dengan isteri mereka, sudah tentu mereka akan mencari tempat melampiaskan nafsu mereka.

Untuk mengelak mereka daripada memperkosa wanita di Malaysia, maka Rosyam Nor menganggap pusat pelacuran itu perlu ada.

Rosyam berkata: “Pusat pelacuran ini ianya perlu di negara kita. Pendatang yang datang ke negara kita ini lebih kurang 3 juta. Yang bekerja dekat negara kita ini.

“Bini semua tinggal. Namanya pun lelaki… lelaki… kalau dia tak keluarkan… faham maksud saya.. dia nak tonjol kat mana.

“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu, silap silap, dia r**ol anak dara kita,” tegas pelakon legenda itu lagi.

“Dia boleh sampai ke tahap tu. Sebab benda ni bermain dekat fikiran mereka. Dan mereka pun tengok p o* n o jugak.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

“Jadi apabila ada rumah pelacuran itu sekurang kurangnya dia pergi bayar kat sana.

“Itu pandangan saya secara peribadi. Korang fikir sendiri lah. Mungkin aku salah mungkin aku betul,” simpul beliau.

Netizen memberikan reaksi pelbagai di atas pandangan itu. Walaupun ramai mengkritik kerana ianya ibarat menyokong maksiat, namun ada juga yang menyokong. Dan menganggap Rosyam Nor berfikiran matang.