Rothen Sahkan Mbappe Sudah Milik Real Madrid

Bekas pemain Paris St Germain, Jerome Rothen menyatakan bahawa, Kylian Mbappe sudah boleh dikira, sudah menjadi milik Real Madrid pada musim hadapan.

Perkhabaran itu pastinya tidak digemari oleh penyokong PSG.

Rothen juga menyatakan bahawa, Mbappe sudah setuju dengan tawaran mega daripada Real Madrid. Namun perbincangan itu tergendala kerana koronavirus.

Real Madrid memang sedang dalam perancangan untuk memperkasakan semula barisan serangan mereka selepas kegagalan Luka Jovic dan Eden Hazard memberikan impak pada musim ini.

Real Madrid rombak bahagian serangan

Marca sebelum ini melaporkan bahawa, Erling Haaland merupakan sasaran paling utama Real Madrid, dan kemudiannya Sadio Mane.

Real Madrid juga menjadikan kapten Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang sebagai plan B sekiranya mereka gagal mendapatkan Haaland.

Terbaru, Rothen pula mengesahkan bahawa Kylian Mbappe sudah boleh dikira milik Real Madrid dengan persetujuan awal dicapai.

Rothen menegaskan, pemeteraian perjanjian itu hanya menunggu masa sahaja ia dimuktamadkan.

Rothen menyatakan bahawa, Kylian Mbappe tidak berminat untuk melanjutkan kontrak beliau di Paris St Germain.

Rothen berkata: “Saya mendapat tahu cerita daripada orang dalam kelab PSG, menyatakan bahawa Kylian Mbappe ke Real Madrid -hampir dimuktamadkan.”

“Namun dengan apa yang sedang berlaku ketika ini [covid-19], saya yakin pengumuman ketibaan Mbappe di Santiago Bernabeu akan ditangguhkan.”

“Tidak mungkin Mbappe akan melanjutkan kontrak dengan PSG.”

“Mbappe dan PSG akan berbincang tentang pemergian Mbappe pada musim panas ini. Bagi saya, ianya hanya menunggu masa sahaja.”

Rothen percaya, Zinedine Zidane merupakan pengaruh terbesar di dalam perpindahan ini.

Zidane sudah lama mengagumi Kylian Mbappe. Dan beliau dilaporkan akan diberikan dana besar sekali lagi untuk membeli pemain.

Mbappe merupakan pemain yang boleh bermain di sayap kanan, sayap kiri dan nombor sembilan.

Beliau merupakan pemain yang pantas dan sangat kuat secara fizikal.

Selain daripada Mbappe, Real Madrid juga dilaporkan masih berminat untuk mendapatkan Paul Pogba untuk menggantikan Luka Modric yang mungkin akan pergi ke kelab lain selepas tamat musim ini.

PSG kini dilaporkan bergelut untuk mengekalkan dua bintang utamanya iaitu Neymar dan Mbappe.

Dengan impak daripada koronavirus yang melanda, mereka berhadapan dengan kerugian yang tinggi.

Selain itu, Neymar sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau mahu kembali semula ke Barcelona.

Dan Presiden Barcelona, Bartomeu pernah menyuarakan bahawa mereka juga berminat untuk membawa balik Neymar.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, Barcelona ada berusaha untuk membawa masuk Neymar pada pra musim lalu.

Ketika itu, Neymar sedang bengang dituduh oleh pemilik PSG sebagai diva.

Namun PSG tidak mahu menerima bayaran ansuran daripada Barcelona  – yang baru sahaja mendapatkan Antoine Griezmann dengan nilai €120 – tebus klausa pelepasan.

Barcelona juga tidak menolak kemungkinan, terpaksa menggunakan Griezmann dalam perjanjian untuk mendapatkan Neymar.