Roy Keane Bidas Bruno Fernandes Dan Joao Felix Tentang Sumbangannya Kepada Portugal

Portugal ditunjukkan jalan keluar oleh Belgium apabila tewas 0-1 pada perlawanan pagi tadi di Estadio De La Cartuja, Sepanyol.

Jaringan tunggal minit ke-42 dari Thorgan Hazard memadai untuk anak buah Roberto Martinez bertemu Itali di pusingan Suku Akhir.

Sebelum perlawanan pengurus Portugal, Fernando Santos agak yakin dengan mengatakan rahsia Belgium berada dalam koceknya namun keyakinan tersebut gagal diterjemahkan di atas padang.

Kesebelasan Santos

Kembali kebelakang, sepanjang kejohanan Santos tidak melakukan perubahan besar dalam barisan kesebelasan utamanya.

Hanya 4 perubahan yang direkodkan sejak 4 perlawanan lepas.

Renato Sanches menggantikan Bruno Fernandes, ekoran prestasi buruk pemain kreatif  Manchester United itu ketika bertemu Jerman.

Joao Moutinho juga diberi kesempatan berada dalam kesebelasan utama mengambil tempat William Carvalho.

Sementara itu Joao Palinha mendapat ganjaran apabila menampilkan prestasi baik ketika dimasukan dalam pertemuan menentang Perancis. Dia merampas posisi Danilo Pereira.

Diogo Dalot mengambil tempat Nelson Semedo yang tampil buruk pada 2 perlawanan terakhirnya.

4 lagi pemain yang digunakan Santos tetapi tidak pernah berada dalam kesebelasan utama ialah Andre Silva, Rafa, Sergio Oliviera dan Jaoa Felix.

Fernandes dan Felix

Pada perlawanan pagi tadi Joao Felix dimasukkan pada minit ke-55 menggantikan Bernando Silva, pada masa sama Bruno Fernandes juga masuk menggantikan Joao Moutinho.

Petukaran tersebut dilakukan ketika Portugal ketinggalan 0-1 dan mahu mencari gol penyamaan. Namun pertukaran tersebut tidak memberi apa-apa impak.

Perkara itu mendapat perhatian oleh Roy Keane yang dikenali sebagai pundit pakar mencari kesalahan dan mengkritik orang.

“Apa yang Joao Felix lakukan apabila dia dimasukkan?”

“Adakah dia bernilai £100 juta?” kata bekas pemain Manchester United, Roy Keane di ITV

“Belgium sangat ‘composed’ di bahagian bawah dalam masa yang sama Portugal jelas kekurangan kualiti di bahagian atas.” tambah Keane sambil marah-marah

“Felix dan Fernandes tidak memberi impak dalam permainan.”

“Felix adalah impostor! Kalau saya jadi Ronaldo, saya akan cari dia lepas tamat perlawanan [ajak betumbuk]. Mengejutkan betul persembahan dia.”

Bagaimanapun kritikannya mempunyai asas kuat. Bruno Fernandes begitu berjaya di Manchester United. Dia secara bersendirian membantu Ole Gunnar Solkjaer menamatkan kempen EPL ditangga ke-2.

Fernandes merekod 44 sumbangan terus melalui gol (27) dan bantuan (17) dalam semua pertandingan di peringkat kelab. Bagaimanapun Fernandes tidak menyumbang apa-apa bersama Portugal di EURO.

Sementara itu Joao Felix bersama Atletico Madrid menjuarai La Liga. Pemain berusia 21 tahun ini tampil 14 kali dan menjaringkan 5 gol disamping 1 bantuan.

Felix merupakan pemain remaja termahal dunia apabila Atletico Madrid membelinya lada harga £113 juta.

Kritikan keane ke atas Fernandes dilihat wajar namun terlalu keras buat Felix kerana dia agak jarang digunakan sama ada di peringkat kelab atau antarabangsa.

Cristiano Ronaldo

Dengan kekalahan Portugal, peluang untuk Ronaldo memintas rekod jaringan antarabangsa Ali Daei perlu ditangguhkan. Ketika ini kedua-dua pemain ini menjaringkan 109 gol.

Dalam kejohanan Euro kali ini Ronaldo telah mengumpul 5 jaringan -jumlah jaringan paling tinggi dalam mana-mana kejohanan major yang disertai Ronaldo.

Ronaldo menjaringkan 2 gol pada perlawanan pembukaan menentang Hungary dan 2 gol lagi ketika mengikat Perancis. Baki 1 gol dijaringkan ketika Portugal dilunyai oleh Jerman.

Ronaldo kini berusia 36 tahun dan para peminat tertanya-tanya adakah dia masih mampu bermain di EURO 2024.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil