Roy Keane Gagal Kawal Kemarahan Secara ‘Live’: “Jangan Ampunkan Penjaga Gol Bangang Macam Tu”

Kazakhstan menjaringkan salah satu gol yang pelik dan padu dalam aksi berdepan Albania. Di mana bola dirembat masuk terus dari sepak mula tengah padang.

Adalah kebetulan tugasan ulasa perlawanan itu di ITV adalah milik Roy Keane. Seorang pundit yang terkenal dengan ulasan panas.

Roy Keane seperti dijangka, tidak gembira dengan  penjaga gol Albania, Etrit Berisha, yang bolos terus dari kick-off menentang Kazakhstan.

Albania baru sahaja berada 2-0 di hadapan dalam Liga Negaara Eropah setelah 23 minit di Stadium Air Albania pada hari Ahad.

Tetapi mereka membiarkan lawan mereka segera kembali ke dalam perlawanan dengan gol terus dari tengah.

Penjaga gol Albania, Berisha yang berada terlalu ke hadapan telah menyedari dirinya diuji dengan remabatan terus. Dia bergelut untuk kembali ke belakang bagi menghentikan gol itu

Aybol Abiken adalah pemain yang mencuba nasib terus dari kick-off dan bola melintas di kepala Berisha dan masuk.

Bekas pemain tengah Manchester United, Keane adalah pakar di ITV malam tadi dan terus mengecam penjaga gol itu sebagai bangang.

Keane berkata: “Kamu tidak akan memaafkan dia. Bola sepak antarabangsa … apa yang dia lakukan? ”

Legenda Arsenal Ian Wright menambahkan: “Mengapa dia tidak kembali ke kawasan gol? Apa yang dia lakukan sejauh ini ?! ”

Keane menambah: “Ini bangang namanya. Saya pun naik marah menontonnya. ”

Nasib baik untuk Berisha, Albania menambah 1 lagi gol dan memenangi perlawanan ini 3-1. Ray Manaj menjaringkan penalti pada minit ke-62 untuk memastikan kemenangan buat negaranya.

Sokol Cikalleshi dan Ardian Ismajli sebelumnya meletakkan tuan rumah 2-0 sebelum gol penyamaan Kazakhstan.

Kemenangan itu meletakkan Albania di tempat kedua dalam kumpulan C4 menuju ke pertandingan terakhir Kumpulan Liga Bangsa-Bangsa di mana mereka akan menghadapi Belarus.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan