Roy Keane Kecam Pemain United Dan City: “Ini Derbi Bukannya Sesi Membina Persahabatan”

Roy Keane mengecam tindakan pemain Manchester United dan Manchester City kerana menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak ada passion kepada derbi Manchester.

Ini selepas pemain kedua dua pasukan saling berpelukan dan juga bercakap sesama mereka sebaik sahaja wisel penama dibunyikan.

Dalam aksi semalam, Man United dan Man City berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan dalam aksi yang boleh dikatakan agak membosankan.

Semua pemain dan jurulatih kelihatan gembira dan bersenang senang di atas padang. Namunn tidak untuk Roy Keane

Rakan sepasukan dalam pasukan kebangsaan, Harry Maguire dan John Stones saling berpelukan antara satu sama lain. Carrick dan Guardiola dilihat berjalan seiringan masuk ke terowong.

“Kita cuma melihat 2 kad je dalam derbi ni. Aku tak pernah nampak lagi derbi yang ada pelukan dan sembang menyembang lebih banyak daripada ini,” kata bekas kapten United itu.

“Garu kepala aku dibuatnya, sangat kecewa. Kamu kena pergi cari cara nak menang perlawanan bola sepak.”

“Kamu tak boleh berpuas hati dengan seri je. Orang kata ‘Ini adalah derbi’, dan dengar apa yang John Stones tu cakap, ‘Oh, clean sheet’ dan blah blah blah.”

“Selepas tamat perlawanan, staf saling senyum, berpelukan dan para pemain bercakap cakap antara satu sama lain. Kenapa tidak terus pergi ke terowong hanat, hentikan semua ni, saya tak faham la.”

“Semua orang atas padang tu mahu menjalin persahabatan dengan satu sama lain dan menjadi glamor.”

“Kamu sekarang bermain untuk kelab kelab ini – terutama sekali Manchester United – kamu bermain untuk menang bukannya nak menjalinkan hubungan persahabatan dengan semua orang.”

“Namun, kualiti yang tak bagus hari ini, produk akhir kedua dua pasukan sangat mengecewakan.”

Bukan sahaja Roy Keane, namun penyokong United juga tidak begitu suka dengan apa yang mereka saksikan. Seolah olah perlawanan ini bukan derbi dengan noisy neighbour.

Korang pula rasa macamana?

Giggs: Kami harus benci dengan seteru

Ryan Giggs sebelum ini pernah menyatakan bahawa, ketika mereka masuk ke dalam pasukan Man United, Sir Alex Ferguson sudah menanam mentaliti untuk benci dengan pasukan seteru utama mereka termasuk Arsenal.

Ryan Giggs menegaskan Sir Alex Ferguson mahu pemain pemain United untuk membenci para pemain Arsenal. Ianya adalah untuk memastikan mereka sentiasa ada ego setiap kali bertemu Arsenal.

Giggs mengakui perseteruan di antara Arsenal dan Man. United ketika itu memang panas.

Beliau berkata: “Saya tidak suka Arsenal. Saya tak suka Vieira kerana beliau pemain yang kotor dan selalu terlepas daripada ‘jenayah’ beliau di atas padang.”

“Saya tak suka Petit kerana rambutnya yang panjang. Saya tak suka Bergkamp. Saya tak suka Pires. Namun apabila saya bertemu dengan dia sekarang, beliau memang manusia yang sangat baik. Namun ketika itu saya tidak mampu nak menatap mereka, dan tak ingin pun.”

“Saya tidak akan sanggup untuk memberikan komen tentang kehebatan salah seorang daripada mereka.”

“Bergkamp? Nah!! Saya dah cakap kepada diri saya bahawa beliau tidak sebagus Eric Cantona. Saya bukan manusia seperti itu, dan itu bukan diri saya sebenar. Namun kamu kena ada kebencian seperti itu di dalam kepala. Ianya akan menjadi motivasi. Namun jauh di sudut hati, kita semua tahu.”

“Mereka pasukan yang kuat dan perseteruan itu segalanya bagi kami – lebih kuat daripada Liverpool pada masa itu.”

“Selepas kami menang separuh akhir hari itu, Lee Dixon dan Tony Adams datang ke bilik persalinan kami dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan kami. Adakah saya akan berbuat benda yang sama?”

“Saya tak pasti saya mampu berbuat demikian.”

Baca yang lain