Apabila bercakap tentang Roy Keane, anda akan teringat seorang lelaki yang sentiasa serius dah cakap lepas.
Ketegasan keperibadiannya menjadikannya salah seorang kapten legenda Manhcester United.
Ketika menjadi pundit pun dia jujur dan terbuka je bercakap. Di mana kadangkala pundit lain cuba play safe dengan menahan diri daripada bersikap terlalu juju kerana takut mengatakan perkara yang salah atau menyinggung perasaan seseorang.
Keane punya mulut pula tiada penapis ataupun mulut laser. Kelakuannya bila bercampur dengan orang yang happy go lucky seperti Micah Richards membuatkan kita selalu terhibur.
Di dalam kehiupan sehariannya pun Keane adalah Keane yang kita lihat di depan tv.
Roy Keane menceritakan kisah temu janji pertamanya dengan isterinya, Theresa
Keane adalah tetamu pertama pada musim terbaru program bual bicara The Tommy Tiernan Show dan dia secara ekslusif setuju menceritakan kisah janji temu pertamanya yang sangat janggal dengan isterinya, Theresa.
Pasangan itu bertemu pada 1992, setahun sebelum Keane meninggalkan Nottingham Forest untuk Man Utd, tetapi untuk mengatakan bahawa mereka bermula dengan janji temu yang sangat buruk.”
Malah janji temu itu sebenarnya membuatkan Keane dan Theresa tidak terfikir pun mereka akan bertemu lagi apatah lagi berkahwin dan beranak pinak.
Keane berkata: “Kami mungkin hanya mempunyai satu tarikh yang betul-betul tidak baik, sebenarnya.”
Hos Tiernan menyoal, berkata: “Maksud anda ia tidak berjalan lancar?”
“Ia menjadi sangat teruk,” akui Keane.
“Kami menetapkan first date kami, saya menjemputnya di City Ground, dan saya pernah bertemu dengannya [sebelum ini] ketika saya minum sedikit jadi perbualannya berbeza sedikit.”
“Kami pergi untuk berjalan jalan di sekeliling dan saya berkata, ‘You suka pergi ke wayang gambar?'”
“Saya terfikir, kerana jika di dalam panggung wayang kamu boleh menonton filem itu, dan tidak perlu bersembang terlalu banyak.”
“Dan dia berkata ‘Tidak, I dah pergi pergi semalam dengan kawan kawan I’.”
“Saya pun terfikir, kan ada filem lain ditayangkan. Jadi saya berkata, ‘Adakah you mahu mahu pergi minum dengan I?’ Dia berkata ‘Tidak’.
“Saya benar-benar memandukereta tu balik ke rumahnya. Semua tu berlaku dalam masa 10 atau 15 minit. Dia berkata, ‘Apa yang you buat ni?’
“Saya berkata, ‘Nah, you kata tidak mahu pergi minum, tidak mahu pergi ke panggung wayang, jadi apa lagi yang boleh kita buat?’
“Dia keluar [dari kereta] dan saya berkata, ‘Mungkin kita boleh jumpa lagi minggu depan’ dan dia berkata ‘Sorry sket ekk, I tak rasa begitu ye’ dan dia menghempas pintu. Itu adalah kisah first date saya.”
Roy Keane chatting about meeting his wife and an awkward first date…
— Daniel Hussey (@DanielHussey2) January 7, 2023
Tiernan terdiam mendengar anekdot Keane, manakala para hadirin ketawa tak gering gusi mendengarnya
Keane mengakhiri cerita dengan berkata: “Dan kami masih berkahwin sampai sekarang ye.”
Keane memang agak savage dengan isterinya. Dia pernah berkongsi cerita, kenapa di badannya ada tatu kesemua nama anaknya tetapi tiada nama isterinya.
Keane berkata: “Anak anak saya akan selamanya menjadi anak saya. Isteri saya tak semestinya akan menjadi isteri saya selama lamanya.”