Roy Keane Pesan Kat Manchester United -Terlalu Banyak Seri

Sebelum ini Manchester United jatuh ke tangga ke-2 dan Manchester City semakin menjarakan mata. Skuad Ole Gunnar Solksjaer terus tercicir mata selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Arsenal.

Lebih parah City mempunyai kurang 1 perlawanan berbanding United. Liverpool pula semakin merapatkan jurang dengan 1 mata- dibelakang United.

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-21 melibatkan 3 pasukan tersebut semalam.

  • Manchester City lwn Sheffield United (1-0)
  • Arsenal lwn Manchester United (0-0)
  • West Ham United lwn Liverpool (1-3)

 

Lagenda Manchester United, Roy Keane memberi peringatan itu, mereka perlu mula mengutip mata maksima terutamanya ketika bertemu pasukan lemah. Ia berikutan Manchester United telah banyak kehilangan mata apabila bertemu pasukan kuat.

Siapa benda Keane nak bedal

Walaupun Manchester United mencatat rentetan keputusan cemerlang sejak 16 perlawanan lepas sebelum tumbang mengejut di tangan Sheffield United (1-2) namun mereka tidak menang apabila bertemu pasukan besar.

Manchester United menang 10 kali dalam tempoh tersebut tetapi seri ketika bertemu Manchester City (0-0), Leicester City (2-2), Liverpool (0-0) dan Arsenal (0-0). Menurut Keane keputusan seri bertemu Arsenal bukanlah keputusan baik kerana pasukan itu berada dibawah kekuatan sebenar.

“Arsenal berada di tangga ke-8 dan mereka kehilangan 3 pemain terbaiknya” kata Keane kepada Sky Sports

Keane juga risau Manchester United mungkin akan mengalami kesukaran untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga kerana City mempunyai baki 1 perlawanan dalam tangan dan boleh mejarakan kedudukan kepada 7 mata.

“Pada akhir musim apabila anda kembali melihat kebelakang, empat atau lima mata boleh memberi kesan dan benar-benar merugikan.”

“Pada ketika ini anda boleh menafikan ia tidak penting tetapi sebenarnya ia sangat penting terutamanya mereka (pencabar) sedang mengambil peluang.”

SHAW TIDAK GEMBIRA

Sementara itu Luke Shaw juga menggangap keputusan seri itu tidak boleh diterima kerana lawan tidak menurunkan barisan terkuatnya. Perlawanan berakhir tanpa jaringan namun Manchester United mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol berbanding lawan.

Satu peluang hadir melalui Marcus Rashford pada babak pertama dan 2 peluang Edinson Cavani di babak kedua.

Cavani terlepas peluang terbuka luas didepan mata menjaringkan gol

Shaw juga percaya kegagalan mengutip mata penuh boleh merencatkan pelumbaan mereka mencabar kejuaraan terutamanya selepas tewas mengejut ditangan Sheffield United pada Rabu lepas.

“Kami tidak bermain seperti yang kami mahu. Kami mencipta peluang dan gagal (menjaringkan gol) dan harga yang perlu dibayar adalah 2 mata. Pada masa yang sama kami agak perlahan.”

“Kami melepaskan mata pada pertengahan minggu dan sekali lagi disini. Jika kami mahu berada dalam perlumbaan kejuaraan kami sepatutnya menang perlawanan ini. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya cakap.”

“Saya merasakan kami terkawal, mempunyai banyak peluang tapi gagal menggunakannya.”

Manchester United perlu meningkatkan kualiti permainan dalam sesi latihan dan meraih 2 keputusan positif dalam 2 perlawanan seterusnya. Pasukan ini akan menunggu kunjungan Southampton dan Everton pada 2 dan 6 Februari sebelum menentang West Ham United dalam pertandingan Piala FA, juga akan dilansungkan di gelanggang sendiri.

Baca yang lain