Ruben Amorim Rasmi Jadi Ketua Jurulatih Manchester United

Manchester United secara rasminya mengumumkan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu mereka. Namun dia hanya akan memulakan tugasannya pada 11 November akan datang kerana perlu memenuhi tanggungjawabnya di Sporting terlebih dahulu.

Man United tidak menunggu masa lama untuk mendapatkan pengganti Erik Ten Hag yang dipecat baru baru ini.

United tidak mahu Ruud Van Nistelrooy menjadi interim sehingga akhir musim ini. Bermakna Amorim akan menyambung projek Erik Ten Hag yang sedia ada.

Pengurus itu dibeli Man United dengan nilai dilaporkan €10 juta. Dia setuju dengan kontrak sehingga 2027 di Old Trafford.

Ruben Amorim dianggap pengurus muda berbakat besar. Dia membantu Sporting menjuarai Liga Portugal 2 kali. Yang pertamanya, dia menamatkan kemarau kejuaraan liga 19 tahun kelab itu.

Sementara itu, Ruud van Nistelrooy akan terus mengendalikan pasukan Man United secara interim sehingga Ruben Amorim memulakan tugasannya kelak.

Diogo Dalot yakin Ruben Amorim adalah jurulatih sempurna untuk kelab seperti Man United.

Ruben Amorim akan cuba membantu United memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris. Sementara itu mereka juga perlu memperbaiki kedudukan mereka dalam Europa League.

Ten Hag dipecat selepas kekalahan di tangan West Ham yang meletakkan United di tangga ke-14 dalam EPL. Man United turut berada di tangga ke-21 dalam carta UEL.