Ruben Amorim Salahkan Nasib Punca Mereka Kalah Walaupun Sudah Bermain Sangat Baik

Chelsea mencerahkan harapan mereka untuk bermain di UCL musim hadapan dengan menewaskan Manchester United.

Skuad Ruben Amorim menelan kekalahan ke-18 mereka musim ini selepas Marc Cucurella menjaringkan gol pada minit ke-71 untuk memastikan kemenangan tipis 1-0 Chelsea.

Ruben Amorim menurunkan kesebelasan terbaiknya walaupun ada aksi final UEL pada pertengahan minggu akan datang.

Spurs pula merehatkan beberapa pemain utama mereka. Dengan Spurs juga kalah di tangan Aston Villa. Kekalahan ke-21 Spurs musim ini.

Jelas sekali hanya  kejuaraan UEL yang mampu untuk mengubat musim liga yang teruk Man United dan Spurs musim ini.

Sepanjang malam, United hanya melakukan 4 percubaan ke atas Chelsea. Dengan skuad Enzo Maresca melakukan 11 percubaan berdepan Mason Mount dan rakan rakannya.

Mount kembali semula ke Stamford Bridge, kali ini sebagai pemain lawan. Jelas ianya bukan kepulangan yang indah untuk bekas graduan akademi Chelsea itu yang pernah membuat kontroversi apabila memutuskan untuk menyertai Manchester United beberapa tahun lalu.

Ruben Amorim kemudian ditanya dengann situasi kecergasan pemain pemainnya menjelang aksi final UEL terutama sekali melibatkan Bruno Fernandes. Menurut Ruben Amorim dia pada ketika ini yakin akan dapat membawa skuad terbaiknya untuk final.

Beberapa pemain dikeluarkan dalam aksi ini sebgai langkah berjaga jaga.

Seterusnya bercakap tentang kekalahan di tangan Chelsea, Ruben Amorim salahkan nasib. Di mana menurutnya, Man United bermain dengan baik dan berjaya menghasilkan gol awal menerusi Harry Maguire, namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Malang sekali nasib tidak menyebelahi mereka, menurut pengurus asal Portugal itu. Bercakap kepada laman rasmi Man United, dia berkata:

“Saya fikir kami bermula dengan sangat baik. Cuma kami perlu lebih agresif di final third. Kami berada di sana, berdepan dengan lawan kami dengan cara yang betul.

“Cuma nasib kami agak malang hari ini,” tegas Amorim yang menyalahkan nasib sebagai punca mereka tidak dapat memenangi perlawanan.

Dia meneruskan: “Kadangkala kami nak press dan menjaringkan gol, namun kami hilang sedikit tumpuan. Kamu tak akan pernah suka dengan kekalahan, namun kami sangat kompetitif hari ini, itu sangat jelas.

“Kami ada sedikit tidak cukup agresif di sepertiga akhir, kamu dapat rasakannya, namun saya rasa kami telah banyak peningkatan.”

Ruben Amorim kemudian memberitahu peminat Manchester United bahawa, mereka tidak perlu risau, kerana Man United sudah cukup bersedia untuk aksi final UEL.