Ruben Amorim bengang ada pihak yang menganggap bahawa UEL adalah piala paling penting untuk Manchester United menangi musim ini selepas mereka tersingkir daripada Piala FA minggu lalu.
UEL tinggal harapan United untuk dijadikan laluan ke pentas Eropah musim hadapan dengan syarat mereka harus memenangi pertandingan tersebut.
Ini kerana kedudukan mereka di dalam liga dilihat sangat sukar untuk mencapai mana mana slot Eropah musim hadapan.
Ia juga harapan terakhir Man United untuk menamatkan musim ini. Jika berjaya menjuarainya, Man United boleh mengulangi pencapaian mereka pada 2017 dengan memenangi UEL musim tersebut.
“Ini hanya tekanan untuk menang. Dalam kelab ini, semua perkara itu penting. Tekanan untuk menang juga penting.
“Bukan sekadar untuk menang namun prestasi pun penting. Saya rasa perkara yang kami banyak miliki sekarang adalah tekanan ke atas kami.
“Orang mula menganggap pertandingan ini sebagai boleh menyelamatkan musim kami. Saya tak nampak ianya begitu. Tiada apa yang boleh menyelamatkan musim kami.
“Dalam kelab ini, kamu harus menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap pertandingan. Saya faham, ianya sangat penting kami mahu menang untukk pergi ke peringkat serterusnya. Muism ini sangat sukar dengan kedudukan yang kami ada pada liga. Ini maksud saya.
“Saya tidak melihat pada perkara lain utnuk menyelamatkan sesuatu. Saya cuma mahu jadi jurulatih lebih baik dan pasukan saya beraksi lebih baik,” rumus Amorim.
Dalam aksi pertama pusingan kalah mati menentang Real Sociedad pada pentas UEL, Manchester United terikat 1-1 di tempat lawan.
Jaringan pendahuluan minit ke-57 Joshua Zirkzee telah diikat oleh Mikel Oyarzabal menerusi sepakan penalti minit ke-70.