Ruben Dias Cedera: Ini Adalah 7 Perlawanan Yang Dia Berpontensi Terlepas

Pep Guardiola mengesahkan bahawa bek tengah andalan Manchester City iaitu Ruben Dias terpaksa disisihkan sekurang kurangnya sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan dengan Peterborough United dalam aksi Piala FA.

Di mana Dias digantikan oleh Nathan Ake pada separuh masa kedua. Manchester City menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Berita itu pastinya bukan berita yang bagus untuk juara bertahan yang akan bertemu dengan pasukan Manchester United dalam aksi derbi pada minggu ini dan beberapa lagi perlawanan penting.

Ruben Dias dijangka akan tersisih dalam 6 ke 7 perlawanan kerana kecederaan tersebut.

Guardiola berkata: “Kecederaan otot. Bahagian hamstring. [Tersisih] 4 hingga ke 6 minggu. Musim lain, pemain terbaik kami tersisih untuk beberapa bulan. Saya sukakan dia [Ruben Dias] namun dia tak akan ada di sana [beraksi berdepan dengan Manchester United].”

“Saya tak akan menangis. Itulah dia.”

Jadi, berdasarkan ramalan awal Guardiola bahawa pemain itu akan tersisih 4 sehingga 6 minggu, berikut adalah perlawanan perlawanan yang Ruben Dias berpotensi terlepas.

Terlepas Derbi Manchester dan aksi antarabangsa penting

Dias akan tersisih dalam aksi derbi Manchester pada Ahad. Beliau juga tidak akan terlibat dalam aksi berdepan Sporting Lisbon dalam perlawanan kedua pusingan 16 akhir – di mana City sudah memiliki agregat yang luar biasa.

Selain itu, Dias juga terpaksa menonton dari rumahnya untuk aksi di Selhurst Park berdepan dengan Crystal Palace pada 14 Mac. Ini diikuti oleh aksi suku akhir Piala FA di St Mary berdepan dengan Southampton.

Selain daripada 4 perlawanan di atas tadi, Dias juga akan terlepas aksi Play Off Separuh Akhir Piala Dunia berdepan dengan Turki pada 2 Mac.

Ianya adalah pertarungan hidup dan mati Dias bersama sama rakan rakannya dalam usaha mereka mengelak daripada terlepas penerbangan ke Qatar untuk beraksi di Piala Dunia 2022.

Jika mara ke final play off, dia bakal terlepas aksi berdepan pemenang antara Itali dan Macedonia Utara pada 29 Mac.

Jika proses pemulihan Dias benar benar memakan 6 minggu, Dias juga akan terlepas aksi menentang Burnley pada 2 April dan aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah yang dijadualkan pada 5 atau 6 April.

Namun berita baiknya, jika Dias pulih selepas 6 minggu, dia akan cergas untuk menunggu kunjungan Liverpool ke Etihad. Di mana ianya mungkin menjadi aksi penentu kejuaraan pada 10 April.

Manchester City kini masih berjuang dalam 3 trofi iaitu Liga Juara Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Buat masa ini, Manchester City enam mata di atas skuad bimbingan Jurgen Klopp – Liverpool yang berada di tangga kedua. Namun City memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Ketiadaan Dias akan membuatkan pemain seperti Aymeric Laporte yang sebelum ini kehilangan tempat kepada Dias. Laporte juga merupakan pemain yang sangat bagus. Selain daripada Laporte, mereka memiliki Nathan Ake dan juga Fernandinho yang kerap menjadi bidan terjun di posisi bek tengah apabila diperlukan.

Tetapi, Dias pastinya akan dirindui kerana dia lebih daripada sekadar bertahan. Dia adalah sistem kepada City di bahagian belakang.

Pemain antarabangsa Portugal, Ruben Dias dianggap sebagai salah seorang pemain bek tengah terbaik di dunia sejak menyertai Manchester City dengan perpindahan bernilai £65 juta dari Benfica pada September 2020.

Beliau sudah memulakan 81 perlawanan untuk City sejak menyertai mereka. Menjadi pemain Pep Guardiola sejak hari pertama lagi.

Beliau juga menjadi bek tengah penting untuk negaranya.