Peminat kecewa dengan komen Ruben Dias yang menghina taktikal Southampton. Menurut peminat Soton, kelab mereka sedang dalam masalah dan kualiti adalah jauh di belakang Man City.
Mustahil untuk Southampton bermain secara terbuka menentang Man City yang sarat bintang.
Ruben Dias berkata dalam wawancara selepas perlawanan: “Dalam keadaan sekarang ini setiap mata itu berharga. Dan jelas sekali memang tak seronok la nak melawan pasukan yang bermain [park the bus] macam ini.
“Mereka langsung tidak cuba melakukan apa apa. Cuma berkampung di kawasan sendiri dan tak mahu memenangi perlawanan. Mereka cuma mahu berada di bawah sana. Ini tidak bagus untuk tontonan. Dan tidak bagus untuk mereka sendiri, dan tak bagus untuk sesiapa sahaja.
“Namun itulah yang berlaku. Apa yangg kelakar, kami buat apa yang Aaron Ramsdale buat sekali je, terus kad kuning. Sedangkan Ramsdale melakukanya 20 kali, pengadil teruskan perlawanan.
“Jelas sekali tindakannya itu melengahkan perlawanan dan itu yang dia lakukan untuk membantu pasukannya secara konsisten. Namun, kami tetap memiliki peluang kami sendiri. Kami mencuba dan terus mencuba, cuba untuk lebih versatil, lebih fleksible, itu kerja kami. Namun ianya tidak mudah untuk melakukannya.
🎙️| Ruben Dias:
“Every point matters and it's obviously frustrating to play against a team like this. They don't even try anything, they just sit and don't even want to win the game…”
“It’s not good for the show, for themselves, it's not good for anyone…” 🗣️‼️ pic.twitter.com/X0panfE7eX
— City HQ (@City_HQs) May 10, 2025
“Kami mencuba kepelbagaian ini, namun kebiasaannya lawan kami sekurang kurangnya cuba untuk menang atau cuba bermain. Lawan kami hari ini pula, sangat berbeza. Mereka langsung tiada terdetik nak mencuba sesuatu. Mereka cuba bertahan di bawah. Dan itu menyukarkan kami menembusi mereka.”
Peminat segera mengecam Ruben Dias. Menganggap pemain itu harus sedar bahawa Soton adalah pasukan kerdil berbanding City. Mereka akan buat apa sahaja untuk elak kalah.
Criticising little Southampton for defending well against your billion pounds squad that was not able to create a single good chance, well that is classless
— MightyReds92 (@Mighty_Reds92) May 10, 2025
Ada yang menuduh Ruben Dias cepat koyak dan salty, Dan menegaskan bahawa untuk skuad bernilai berbillion euro seperti City, ianya bukan alasan untuk menyalahkan pasukan lain jika gagal menang.
Yang lain turut mengingatkan Dias: “Januari lalu kamu sempat berbebelanja ratusan juta, dan kamu harus lebih bagus.”