Ruben Neves Jelaskan Kenapa Dia Ke Arab Saudi: “Keluarga Adalah Piala No.1 Saya”

Ruben Neves antara pemain yang dikritik kerana pergi ke Arab Saudi ketika kariernya masih di kemuncak.

Antara yang lantang mengkritiknya ialah Jamie Carragher yang menganggap keputusan pemain seperti Neves ke Arab Saudi sebagai tidak boleh diterima.

Ini kerana usianya masih muda iaitu baru 26 tahun. Dia dianggap telah membunuh kariernya demi wang semata mata.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa Ruben Neves memilih wang berbanding trofi di Eropah. Di mana kelab besar seperti Barcelona berminat dengannya.

Malah kelab seperti Arsenal dan Man United turut dikaitkan dengan Neves sebelum ini.

Neves ada alasan tersendiri kenapa dia pergi ke Arab Saudi dan menyertai Al Hilal.

Tanpa berselindung dia mengakui dia menerima tawaran besar dari Al Hilal adalah kerana duit.

Dia menganggap itu pengorbanan yang dia harus buat demi keluarga. Wang itu adalah untuk keluarganya.

Baginya, melihat keluarganya hidup senang adalah trofi no.1 dalam hidupnya. Dia sanggup menukar trofi itu dengan mana mana trofi bola sepak sekalipun.

Neves berkata: “Sebab utama saya ke Arab Saudi menyertai Al Hilal adalah kerana ianya kesempatan untuk saya memberikan peluang kehidupan kepada keluarga saya.”

“Itu adalah perkara yang paling saya mahukan dalam hidup. Mereka adalah trofi nombor satu dalam hidup saya.”

Ruben Neves menerima gaji €300k seminggu di Al Hilal selepas cukai. Jauh lebih tinggi daripada yang dia terima di Molineux iaitu €60k seminggu.

Al Hilal membayar kira kira €55 juta untuk mendapatkan khidmat pemain tengah antarabangsa Portugal yang terkenal dengan kemampuannya melakukan gol dari luar kotak penalti.