Ruben Neves Klaim Keraian ‘Thinking In Me’ Adalah Miliknya Bukan Rashford

Ruben Neves nampaknya tidak mahu berdiam diri selepas media selalu mencanang keraian yang digelar yang disebut ‘Thinking in me’ sebagai milik Rashford.

Di mana sejak musim ini Rashford kerap melakukan keraian dengan menunjukkan kepalanya tanda dia sedang memikirkan sesuatu.

Rashford malah beberapa kali berkongsi gambar pemain yang menggunakan keraian itu di IG miliknya.

Ruben Neves akhirnya menyatakan bahawa dia adalah pemilik asal kepada keraian itu. Dan ianya bukan ditiru daripada Marcus Rashford.

Ruben Neves berada dalam senarai penjaring ketika Wolves mencatatkan kemenangan luar biasa 3-0 ke atas Liverpool.

Ketika meraikan golnya, dia sempat menunjukkan ke kepalanya, dan memberikan isyarat bahawa keraian itu miliknya.

Twitter Wolves malah menulis: “Tiada siapa yang boleh melakukan lebih baik [daripada Neves].”

Saksikan:

Ruben Neves memang sudah lama meraikan gol dengan cara tersebut. Namun sebenarnya dia bukanlah yang pertama melakukannya.

Tidak pasti siapa yang terlebih dahulu, apa yang pasti Lord Bendtner terlebih dahulu melakukannya daripada Rashford atau Neves.

Ruben Neves terus menjadi tunjang kepada pasukan Wolves. Dan kini mereka terus menjauhi zon penyingkiran.

Kemenangan ke atas Liverpool sangat penting buat Wolves.

Liverpool pula terus muram dengan kekalahan ketujuh musim ini. Ia juga kekalahan keempat dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.