Ruben Neves: Liga Arab Saudi Setaraf Eropah

Ruben Neves mendedahkan bahawa kualiti Liga Arab Saudi adalah setaraf dengan liga di Eropah pada ketika ini.

Ruben Neves meninggalkan Wolves untuk menyertai Al Hilal pada musim ini. Dia dianggap pembelian yang mengejutkan ramai kerana sangat banyak kelab elit Eropah mahukan khidmatnya. Ini termasuk kelab seperti Arsenal.

Namun dia memilih untuk ke Arab Saudi. Beberapa bulan lalu dia berterus terang berkata bahawa motivasi utama dia ke Arab Saudi adalah kerana wang.

Kini dia menegaskan bahawa dia sangat selesa di Arab Saudi yang boleh membantunya mengekalkan prestasi di peringkat tertinggi terutama sekali dia masih pemain utama skuad Portugal.

Kehadiran ramai bintang berkelas dunia ke Arab Saudi telah meningkatkan lagi kualiti Liga tersebut secara mendadak. Sehinggakan dia rasa seperti berada di alam PlayStation.

Di samping itu Ruben Neves yakin bahawa Arab Saudi memiliki potensi besar untuk memiliki liga bola sepak terbaik di dunia dalam masa dua tahun lagi.

“Saya tak rasa sebarang perbezaan antara Liga Pro Saudi dengan liga liga di Eropah. Oleh sebab tu saya tidak merancang untuk kembali ke liga Eropah dalam masa terdekat.

“Arab Saudi berpotensi memiliki liga terbaik di dunia dalam setahun dua lagi.

“Kualiti pemain pemain yang menyertai liga di sini sangat hebat. Ia persis PlayStation,” tegas beliau kepada O Jogo.

Baca yang lain