Rudiger Dan Fullkrug Bergaduh Di Pusat Latihan

Dengan Euro 2024 tinggal beberapa hari lagi kem Jerman sudah pun buat hal. Ini apabila dua pemain mereka, Niklas Fullkrug dan Antonio Rudiger terlibat dalam pergaduhan di padang latihan.

Fulllrug bengang dengan bentesan keras dilancarkan Rudiger ke atasnya. Fullkrug kemudian bertindak agresif menyerang Rudiger dengan kedua dua mereka mulai tolak menolak.

Pembantu jurulatih Jerman, Sandro Wagner terpaksa masuk campur untuk meleraikan kedua dia pemain daripada insiden lebih teruk.

Menurut laporan, awalnya Fullkrug meminta staf kejurulatihan meniup wisel kerana dia dikasari. Namun Rudiger dengan sarcastic telah bertepuk tangan dan ketawa di depan pemain itu.

Situasi ini membuatkan Fullkrug marah dan nak bertumbuk dengan Rudiger. Membuatkan rakan rakan dan staf kejurulatihan bergegas menenangkan mereka dan meleraikan kedua dua pemain yang berada dalam prestasi terbaik mereka musim ini.

Fullkrug dan Rudiger sebelum ini pernah bertemu sesama sendiri dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah. Sehari sebelum kejadian pergaduhan di atas padang latihan, Fullkrug telah memuji Antonio Rudiger dan Jonathan Tah sebagai pertahanan berkelas dunia.

Jerman akan memulakan kempen Euro dengan aksi pembukaan menentang Scotland. Kemudian diikuti aksi menentang Hungary dan Switzerland.