Bekas pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger tidak pernah percaya akan cerita kebaikan, betapa rendah dirinya serta keperibadian yang tinggi N’Golo Kante sehinggalah beliau menyertai Chelsea.
Sebelum menyertai Chelsea, Rudiger merasakan tidak wujud manusia sebegitu apatah lagi pula seorang pemain bola sepak bertaraf bintang yang bersikap tawaduk sebegitu.
Rudiger telah dikhabarkan dengan cerita Kante yang sentiasa tersenyum, hanya memiliki Mini Cooper, sebuah kereta yang mampu dimiliki orang kebanyakkan serta tidak pernah meninggikan suara kepada orang lain.
Antonio Rudiger di barat London dari Roma pada tahun 2017 selepas Chelsea yang ketika itu diuruskan oleh Antonio Conte yang berjaya merangkul kejuaraan Premier League.
I'm proud to announce that I'll be joining @RealMadrid 🙏🏾💪🏾🙌🏾 I'm super excited for all the challenges ahead and can't wait to play my first games for this huge club. #HalaMadrid #AlwasyBelieve #Hustle pic.twitter.com/zol5Z0NJbe
— Antonio Rüdiger (@ToniRuediger) June 2, 2022
Bagi setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya begitu juga dengan perjalanan Rudiger di Stamford Bridge yang memilih untuk ke Real Madrid.
Paling menarik tentang perpindahan Rudiger ke Real Madrid adalah perutusan perpisahannya dari Chelsea dan mukaddimah yang panjang adalah cerita mengenai N’Golo Kante.
Karangan yang berjela mengenai Kante jelas menunjukkan ketaksuban Rudiger kepada pemain kecil molek yang mungkin mengubah pandangannya bahawa wujud manusia baik yang bergelar pemain bola sepak.
Bagi Rudiger tidak mungkin wujud orang sebaik Kante dalam bola sepak yang penuh dengan tekanan dan kekecewaan serta mustahil ada pemain yang mampu tenang sepanjang masa.
This club will always remain special to me 💙 Thank you, @ChelseaFC 💯🙏🏾 #Hustle #AlwaysBelieve pic.twitter.com/qQb1DkfecR
— Antonio Rüdiger (@ToniRuediger) May 22, 2022
Melalui The Player Tribune, Rudiger telah menitip ucapan selamat tinggal melalui satu penulisan:
“Aku tidak suka ucap selamat tinggal. Tetapi aku akan cuba menjadikannya yang teristimewa, dari hati.”
“Aku mahu bercakap tentang final Liga Juara-Juara. Tetapi untuk kau faham, aku perlu bercerita secara ringkas tentang salah seorang lelaki yang paling baik dalam bola sepak. Sudah tentu, tentang N’Golo Kanté.”
“Sebelum aku datang ke Chelsea, aku telah mendengar semua cerita indah tentang kante. Mereka berkata Kante sentiasa tersenyum. Mereka berkata Kante masih memandu Mini Cooper lama. Mereka berkata Kante tidak pernah meninggikan suaranya.”
“Tetapi anda tahu bagaimana ia berlaku dalam bola sepak, bukan?”
“Tiada siapa yang benar-benar seperti itu. Terlalu banyak tekanan, terlalu banyak kekecewaan. Kita semua manusia. Tiada siapa yang cool sepanjang masa. Itu mustahil.”
“Kemudian aku bertemu dengan N’Golo.”
I don’t like goodbyes. But I will try to make this one special, from the heart.
My piece with @PlayersTribune @TPTFootball. #AlwaysBelieve #Hustle
https://t.co/FI6sVGnDGi— Antonio Rüdiger (@ToniRuediger) May 20, 2022
Apa yang memeningkan kepala Rudiger ketika berbicara dengan Kante bukan sahaja Kante akan mengiyakan semua perkara tetapi membalasnya dengan bahasa aneh seperti Minion.
“Semua yang aku ucapkan, dia hanya akan memandang aku dan menganggukkan kepalanya, seperti dia fikir semua yang aku ceritakan benar-benar menarik. Dan dia akan melakukan perkara ini … ”
“Aku tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya di atas kertas. Kau perlu mendengarnya. Setiap kali aku bercakap, dia akan balas *klik, klik, klik* dengan mulutnya.”
“Hei NG, Kau nak pergi makan tak?”
“Klik, klik.”
“NG, Kau pergi press….”
“Klik, clock, klik.”
N'Golo Kante makes 'click, click, click' noise – and it left his Chelsea team-mate baffledhttps://t.co/fS0oCRvqVp pic.twitter.com/RkhxkP8mKL
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) May 21, 2022
Bahasa Klik, clock, klik Kante nyata membuatkan Rudiger berang dan akhirnya Rudiger bertanya mahukan kepastian.
“Bro, Aku rasa ada benda tak kena dengan Kante ni. Suatu hari, aku akhirnya bertanya, ‘NG, kenapa kau cakap macam tu eh? Kau dah kenapa bro?’
“Dia balas,’Maaf?'”
“Aku balas balik, ‘Natang apa Klik, bro!!! Apa masalah kau?'”
Kante terus membalas pertanyaan Kante dengan senyuman terlebih dahulu sebelum membuka jawapan sebenar.
“Dia sedang tersenyum. Dia berkata, ‘Ahhh, itu hanya bahasa kejiranan saya.'”
Four of Chelsea’s Muslim players – Hakim Ziyech, Antonio Rudiger, N’Golo Kante and Malang Sarr – paid a visit to Sheikh Zayed Grand Mosque while on business trip over in Abu Dhabi.#chelsea #CFC #abudhabi #sheikhzayedmosque #football pic.twitter.com/0xTAGeKgO1
— Islam Channel (@Islamchannel) February 13, 2022
“Rupanya, di Banlieue tempat dia dibesarkan di Paris, mereka selalu membuat bunyi ini. Ia seperti slanga untuk ‘ya.’ Aku tidak tahu bagaimana ia bermula, tetapi itulah yang mereka lakukan di sana.”
“Ia seperti berkata, ‘Ya, ya, O.K., bagus.’ Dan aku fikir ia sangat lucu, kerana aku berasal dari jenis kejiranan yang serupa di Jerman, tetapi aku tidak pernah mendengar perkara seperti itu dalam hidup aku. Sepanjang masa, aku fikir dia mainkan aku!!!”
🔵 In his open letter confirming his #CFC departure, Antonio Rüdiger told the story of N'Golo Kante's beloved Mini Cooper! 🥺
🫶 "I have to tell a story about one of the nicest guys in football. I am speaking, of course, about N’Golo."
Via @PlayersTribune. pic.twitter.com/LRREogEPUe
— 𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐍𝐞𝐰𝐬 UK 🇬🇧 (@sportingnewsuk) May 20, 2022
Sejak itu Rudiger mula sedar akan cakap-cakap orang mengenai kerendahan diri Kante adalah benar lagi tulen dan bukannya satu mitos.
Rudiger sendiri kagum dengan Kante dan juga Mini Coopernya kerana mempunyai kisah hidup Kante itu sendiri.
“Segala-galanya tentang NG adalah tulen. Malah Mini Cooper yang menjadi bahan ketawa ramai, ada kisah di sebaliknya.”
“Adalah menjadi impian NG untuk bermain di Liga Perdana dan Mini adalah kereta pertama yang dibelinya apabila dia tiba di England. Jadi baginya, ia bukan sekadar kereta. Ia mempunyai makna yang mendalam.”
“Ramai orang bergurau dengannya tentang perkara itu, tetapi aku nak bagitau korang — Kante sangat sopan sehingga dia hanya memberitahu anda apa yang anda mahu dengar.”
Kante juga seorang yang baik dan hanya bercakap tentang perkara baik-baik saja mengenai orang lain, Kante akan mengiyakan semuanya seperti mahu mengikut padangan orang lain namun tidak sebenarnya.
Antonio Rudiger on N'Golo Kante: "There is humble. And there is *humble*. And then there is NG."
— Adam Newson (@AdamNewson) May 20, 2022
Sikap Kante kadangkala membuatkan seperti beliau mempermainkan rakan-rakan seperti sekadar ‘bermain angin’.
“Seseorang akan berkata, ‘NG, anda tahu kereta apa yang sangat power? Mercedes, bro. Aku boleh bayang kau mencilok dengan Mercedes hitam.'”
“Dan NG hanya akan memandang mereka dengan ikhlas dan berkata, ‘Ya, O.K. Aku akan memikirkannya. Terima kasih, itu idea yang bagus.'”
“Tetapi dia hanya bermain dengan anda!!! Akhirnya, kau tahu masih akan lihat Mini itu di tempat latihan untuk 10 tahun akan datang.”
“Aku bagitau kat orang sepanjang masa…”
“Di mana ada sifat rendah diri dan disitulah ada N’Golo Kante.”
Kisah Kante dan sifat rendah dirinya serta sikap pemalunya semua sudah sedia maklum dan sering menjadi cerita di media berbanding pemain lain yang kebanyakkannya banyak dipaparkan kisah negatif.
Lantaran itulah Rudiger tidak percaya bahawa wujudnya manusia seperti Kante dalam dunia bola sepak.