Rugi RM16.5 Billion, Coca Cola Kekal Tenang Dan Hormati Pilihan Ronaldo

Pihak Coca Cola akhirnya bersuara ke atas tindakan Cristiano Ronaldo semasa sidang media pasukan Portugal menjadi viral di media sosial beberapa hari lalu.

Dalam sidang media sebelum aksi berdepan Hungary, Ronaldo dengan pengurusnya berada di atas podium untuk temuramah.

Sebaik sahaja duduk di situ, Ronaldo menunjukkan reaksi kurang senang melihat ada dua botol Coca Cola di hadapannya.

Tidak semena mena, pemenang Ballon d’Or 5 kali itu telah melakukan tindakan yang tidak dijangka oleh penganjur. Dia mengalihkan dua botol Coca Cola itu.

Sehingga ianya tidak kelihatan lagi dari frame kamera yang merakam Ronaldo.

Paling gila, Ronaldo menunjukkan reaksi dia menegah orang ramai meminum Coca Cola dan mengajak mereka meminum air kosong.

Selepas menolak dua prop itu ke tepi, Ronaldo mengangkat botol air mineral dan berkata: ‘Agua’ yang bermaksud air kosong dalam bahasa Portugis.

Respon dari Coca Cola

Coca Cola bertenang dalam isu prop minuman mereka dialihkan oleh para pemain dalam kejohanan anjuran mereka,

Coca Cola menyatakan, setiap orang mempunyai pilihan  untuk minuman masing-masing. Di samping itu, setiap orang mempunyai selera dan keperluan yang berbeza.

Coca Cola kemudian menegaskan bahawa para pemain diberikan dua pilihan sekiranya mereka mahu minum Coca Cola.

Jurucakap Coca Cola berkata: “Pemain ditwarkan dengan dua pilihan iaitu Coca Cola dan Coca Cola Zero Sugar, semasa tiba di sidang media kami.”

Gara gara tindakan Ronaldo, saham Coca Cola dilaporkan mengalami kerugian bernilai $4billion atau sekitar RM16.5billion menurut Marca. Hanya dengan tindakannya mengeluarkan 2 botol coca cola yang merupakan prop penaja.

Cristiano Ronaldo terkenal sebagai seorang yang menyokong gaya hidup sihat dan bukan peminat minuman ringan seperti Coca Cola.

Beberapa bulan lalu, Ronaldo berkongsi pengalaman beliau menentang tabiat anaknya yang suka minuman berkarbonat.

“Kadang-kadang anak saya minum Coca Cola dan Fanta, makan kerepek, dan dia tahu saya tidak suka,” kata Ronaldo.

Ronaldo turut menyatakan dia memang ada rasa kesal melarang kanak kanak makan makanan sebegitu yang menjadi kesukaan mereka.

Namun Ronaldo menegaskan bahawa beliau terpaksa berbuat demikian kerana anaknya sendiri yang sudah memutuskan untuk bermain bola sepak. Di mana Cristiano Jr merupakan pemain akademi Juventus.

Oleh itu Ronaldo terpaksa bertegas dalam membimbing anaknya dalam soal latihan kecergasan dan juga pemakanan.

Baca yang lain