Rumput Zeon Zoysia SNBJ Rosak Kerana Konsert Coldplay

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris atau TMJ telah memuat naik gambar keadaan gambar padang selepas konsert Coldplay baru baru ini.

Konsert Coldplay dihadiri 75,000 orang peminat kumpulan pop tersebut. Dan ianya berlangsung dalam keadaan hujan.

Apa yang mengecewakan peminat bola sepak, padang yang menjadi markas Harimau Malaya itu telah rosak.

Rumput zeon zoysia sebelum ini telah didermakan oleh TMJ dan ianya telah siap pada Oktober yang lalu.

TMJ sempat merasmikan padang tersebut pada masa itu.

Tujuan utama TMJ mendermakan rumput itu agar padang di SNBJ lebih baik berbanding penggunaan rumput cowgrass sebelum ini yang cepat rosak.

Ketika aksi antarabangsa oktober lalu, padang tersebut rosak. Dan TMJ menegaskan bahawa rumput itu memerlukan masa secukupnya untuk matang. Dan beliau yakin dengan kualiti kontraktor yang melaksanakan projek itu kerana pernah menggunakan khidmat mereka di markas JDT sebelum ini.

Pada aksi antarabangsa kali ini padang SNBJ sekali lagi digunakan untuk aksi menentangn Rep. Kyrgyz dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Dan selepas itu digunakan untuk konsert Coldplay. Ternyata impak daripada konsert itu telah merosakkan padang.

Perbadanan Stadium Malaysia dilihat tidak mengambil langkah lebih baik dalam melindungi rumput tersebut yang bernilai

TMJ hanya memuat naik gambar tersebut tanpa sebarang kapsyen.