Malaysia sah tersingkir daripada persaingan. Siapa sangka hari itu tiba juga, pasukan Malaysia disingkirkan oleh Kemboja.
Negara kita yang memiliki liga serba mewah berbanding dengan mereka. Beza yang sangat besar, para pemain mereka bermain sepenuh hati demi lencana di dada mereka.
Bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan menyatakan para pemain kita memang tidak cukup jiwa pada kali ini. Dan inilah yang membuatkan pasukan muda kita diaibkan.
Malaysia turun dengan kelebihan GD+3 berbanding Filipina. Dan jika kita menang kita akan mara ke separuh akhir.
Isu kreativiti dan teamplay terus menghantui kita ditambah dengan pertahanan yang rapuh.
Masuk separuh masa kedua, Kemboja menjaringkan ddua gol dalam jarak kurang dua minit. Gol pertama menerusi Soldavid dan gol kedua menerusi Keo Sokpheng.
Malaysia dalam masalah besar untuk mencari margin gol yang besar.
Malaysia dirobek lagi dengan gol ketiga juga menerusi Sokpheng yang memang bintang utama mereka pada kali ini.
Malaysia berterusan meneruskan aksi yang tidak penetratif dan juga kurang berkesan di smeua bahagian.
Malaysia mendapat gol saguhati (akhirnya) menerusi Quentin Cheng.
Malaysia tewas 1-3 di tangan Kemboja. Ia akan dikenang sebagai salah satu kenangan paling indah dalam sejarah bola sepak Kemboja.
Memang sebelum ini mereka pernah menang ke atas Malaysia di peringkat belia. Tetapi kemenangan ini di pentas Sukan SEA, dan membolehkan mereka melakar sejarah.
Kemboja selayaknya menang perlawanan ini kerana mereka pasukan yang lebih tahu cara untuk menang.
Mereka meraikan kejayaan pertama mereka mara ke separuh akhir Sukan SEA.
Dari perlawanan pertama lagi kita bergelut dengan isu mencari rentak. Dalam setiap perlawanan kita bergelut untuk settle down.
Malah, berhadapan dengan pasukan paling lemah iaitu Timor Leste, kita membenarkan lawan mencipta 3 hingga 5 big chances.
Banyak perkara yang perlu diperbaiki pasukan muda kita ini.
Mereka masih ada banyak masa untuk memperbaiki diri secara teknikal. Dan secara taktikal pastinya Ong Kim Swee orang yang akan bertanggungjawab.
Beliau perlu melakukan post mortem yang panjang lebar untuk mengenalpasti masalah ini.
Kalau tak silap sebelum ini Brad Maloney menyatakan OKS merupakan antara orang bertanggungjawab dalam pembentukan DNA taktikal untuk pasukan muda/pembangunan ini.
Dari segi teknikal, terlalu banyak aksi teragak-agak / indecisive. Dan masalah daripada perlawanan pertama iaitu extra touches.
Dari segi formasi, kita sudah lama menyaksikan formasi yang sama digunakan. Tetapi selepas ketiadaan beberapa core player seperti Azam Azih dan Safawi yang sudah menjadi pemain senior, terus hilang arah.
Pemain yang sudah masuk ke team senior memang sudah normal mereka tidak akan ada keutamaan lagi untuk pasukan belia.
Adakah OKS sebelum ini terlalu bergantung kepada pemain seperti Pawi? Sehingga lupa untuk membentuk development untuk back up player? Itu persoalan menarik.
Ong Kim Swee perlu lebih fleksibel dalam taktikal beliau. Tiada masalah nak pakai formasi back 3 atau apa pun, tetapi corak taktikal itu kenalah lebih baik.
Sebelum ini banyak kali juga serangan gaya OKS tidak menjadi namun beliau ada individual brilliance yang boleh memberikan magis. Misalnya daripada Adam Nor Azlin ketika bola mati.
Seterusnya rembatan deras dari luar kotak seperti pernah dilakukan Syahmi Safari.
Aspek seperti itu juga hilang pada hari ini.
Ini merupakan Sukan SEA terakhir beliau, menurut beliau sebelum ini. Jadi ia perpisahan yang sangat menyedihkan.
Rumusan
Selamat tinggal Manila daripada skuad bola sepak. Kita terkeluar daripada kumpulan yang awalnya dianggap mudah.
Korang bayangkan dekat kumpulan B, Vietnam menang semua 4 games, masih belum layak kerana ada 3 pasukan masih dalam persaingan untuk mara iaitu, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Namun, kredit juga kepada OKS yang memberikan peluang kepada pemain seperti Luqman Hakim dan Umar Hakeem.
Semoga korang membawa kenangan ini dan belajar daripadanya untuk pasukan Malaysia di masa akan datang.
Apa pula pandangan anda? Nak ingatkan siap-siap ini artikel pandangan dan saya meraikan perbezaan pandangan dengan perbincangan konstruktif.