Running Man Tak Akan Pernah Sama Tanpa Lee Kwang Soo

Prince Of Asia atau nama sebenar beliau Lee Kwang Soo, telah mengumumkan pengunduran diri beliau dari rancangan aneka ragam Running Man selepas 11 tahun menjadi ahli tetap rancangan terkenal itu.

Hal tersebut telah disahkan sendiri oleh agensi beliau King Kong by Starship melalui satu kenyataan rasmi pada Selasa lalu.

“Lee Kwang Soo akan meninggalkan program “Running Man” SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.”

“Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala.

“Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal yang baik semasa penggambaran ‘Running Man’.

“Hasilnya, Lee Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut serta akhirnya sampai pada kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental,”

Jelas King Kong by Starship.

Lee Kwang Soo pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan dua buah kenderaan pada Februari yang lalu.

Akibat dari kemalangan tersebut, beliau harus menjalani pelbagai rawatan susulan termasuk menjalani pembedahan buku lali baru-baru ini.

Running Man sudah seperti rumah beliau selepas 11 tahun Kwang Soo menghibur para peminat dengan aksi lucunya.

Berat untuk beliau membuat keputusan ini namun kerana merasakan ia yang terbaik, maka beliau terpaksa melakukannya.

“Namun, itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa depan.

“Kami dengan tulus mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas cinta yang mereka tunjukkan kepada Kwang Soo di ‘Running Man’, dan Kwang Soo berjanji akan menyambut anda sekali lagi dengan keadaan kesihatan yang lebih baik,” jelasnya.

Kwang soo menyertai Running Man pada tahun 2010. Sejak episod pertama lagi Kwang soo sudah menjadi tarikan utama untuk Running Man selain Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Haha, Song Ji Hyo, Song Joong Ki , Kang Gary dan Lizzy.

Beliau juga dianggap sebagai ahli paling malang dalam rancangan aneka ragam tersebut dek kerana nasib yang jarang sekali memihak kepadanya.

Lee Kwang Soo juga merupakan ahli termuda Running Man sebelum Jeon So Min dan Yang Se Chan menyertai rancangan tersebut ketika episod 346.

Beliau mempunyai banyak nama samaran dan gelaran dalam rancangan RM antaranya, Kwangvatar, Icon Of Bad Luck/Betrayal, Prince of Asia, God Of Variety dan nama gelarannya yang paling terkenal, Zirafah.

Di dalam Running Man beliau dikenali sebagai putera asia dek kerana populariti dan pengaruhnya yang begitu besar di luar Negara.

Beliau juga telah menerima Anugerah Bintang baru Popular dan pendatang baru Terbaik dalam rancangan Aneka Ragam selama dua tahun berturut-turut 2010 dan 2011 dibawah anugerah SBS Entertaiment.

Sikap beliau yang bersopan santun dan peramah amat disenangi oleh banyak pihak baik produksi, rakan artis atau para peminat sendiri.

Untuk menceritakan kisah lucu beliau sepanjang bersama RM sememangnya sangat sukar kerana tidak ada episod tanpa ketawa yang berpunca dari Kwang Soo.

Aksi beliau senantiasa menghiburkan para peminat dengan lawak-lawak jenakanya, sehingga Jae Suk sering mengusik beliau dengan menganggapnya seorang pelawak bukan pelakon.

Sebelum beliau sah bercinta dengan Lee Sun Bin, Kwang Soo sering mencuba nasib dengan mengorat tetamu wanita RM, namun usahanya sering gagal dan diejek oleh ahli yang lain.

Lee Kwang Soo sering memainkan watak malang dan dungu di dalam rancangan Running Man namun tahukah anda semua bahawa Kwang soo memiliki ijazah dalam Journalism dari Dong-ah Broadcasting collegue.

Yoo Jae Suk dan Song Ji Hyo antara dua ahli yang paling terkesan dengan kehilangan Lee Kwang Soo dek kerana akrabnya hubungan mereka.

Belalang merupakan individu yang paling sering mengusik Kwang Soo dan tidak keterlaluan untuk katakan bahawa kedua-dua mereka sebenarnya nadi utama rancangan Running Man.

Walau Kwang Soo boleh dikatakan rapat dengan semua ahli yang lain, namun beliau sebenarnya mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Jae Suk.

Beliau sering mendapatkan nasihat dari Jae Suk tentang segala hal terutama sekali berkait cinta dan menganggap belalang sebagai doktor cinta beliau.

Song Ji Hyo pula sebelum kehadiran So Min, beliau merupakan satu-satunya ahli wanita dan Kwang Soo adalah adik lelaki yang sentiasa menjaganya dengan sangat baik.

Kwang Soo sering menjadi tempat beliau mengadu dan berkongsi masalah, dan ia diakui oleh Ji Hyo sendiri.

Ketika Ji Hyo pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan Running Man, Kwang Soo merupakan individu pertama yang memujuk dan menghalang beliau.

Tentu sukar untuk Ji Hyo terima keputusan Kwang Soo untuk meninggalkan Running Man selepas beliau bersetuju untuk terus kekal.

Ahli-ahli lain juga tentunya sedih dengan keputusan Kwang Soo dan Running Man tak akan pernah sama lagi tanpa kelibat lelaki tinggi lampai itu.

Bagi yang tak kenal Kwang Soo dalam Running Man, korang mungkin pernah tengok dia berlakon dalam filem dan drama yang disenaraikan di bawah.

Movie

Happy New Year (2021)

The Pirates 2 | Haejuk: Dokkaebi Gitbal (2021) – Mak-Yi

Sinkhole (2020) – Kim Seung-Hyun

Tazza: One Eyed Jack (2019) – Kkachi

Inseparable Bros | Naui Teukbyeolhan Hyungje (2019) – Dong-Goo

The Accidental Detective 2: In Action | Tamjung: Riteonzeu (2018) – Yeochi

Collective Invention | Dolyeonbyuni (2015) – Park Goo

Confession | Joeun Chingoodeul (2014) – Min-Soo

A Dynamite Family | Deoksuri 5Hyungje (2014) – Officer Park

A Wonderful Moment | My Little Hero (2013) – Jung-Il

All About My Wife | Nae Anaeui Modeun Geot (2012) – Choi (radio show producer)

The Scent | Gantongeul Gidarineun Namja (2012) – Gi-Poong (Kang Sun-Woo’s assistant)

Love On-Air | Wondeopool Radio (2012) – Cha Dae-Keun

Battlefield Heroes | Pyongyangsung (2011) – Moon-Di

Drama

Live (tvN / 2018) – Yeom Sang-Soo

Hit the Top | Choigoui Hanbang (KBS2 / 2017) – Yoon Ki (special appearance)

Hwarang (KBS2 / 2016-2017) – Mak-Moon (special guest appearance)

The Sound of Your Heart | Maeumui Sori KBS2-Naver TV-Netflix / 2016-2017) – Jo Suk

Entourage (tvN / 2016) – Cha Joon

Dear My Friends (tvN / 2016) – Yoo Min-Ho (special guest appearance)

Descendants of the Sun | Taeyangui Hooye (KBS2 / 2016) – part-time worker (cameo)

A Girl Who Sees Smells | Naemsaereul Boneun Sonyeo (SBS / 2015) – TV Show Running Man MC (cameo)

It’s Ok, This is Love | Gwaenchanha, Sarangiya (SBS / 2014) – Park Soo-Gwang

Secret Love (Dramacube / 2014)

Jung-Yi, Goddess of Fire | Boolui Yeoshin Jung-Yi (MBC / 2013) – Prince Imhae

Potato Star 2013QR3 | Kamjabyeol 2013QR3 (tvN / 2013-2014) – movie director (ep.18)

Dating Agency: Cyrano | Yeonaejojakdan: Shirano (tvN / 2013) – Choi Dal-In (ep.6-7)

The Innocent Man | Sesang Eodiedo Eobneun Chakan Namja (KBS2 / 2012) – Park Jae-Gil

Bachelor’s Vegetable Store | Chonggagne Yachaegage (Channel A / 2011-2012) – Nam Yoo-Bong

City Hunter | Siti Hyunteo (SBS / 2011) – Ko Ki-Joon

Dong Yi (MBC / 2010) – Young-Dal

High Kick! 2 | Jibung Ddulgo Haikick (MBC / 2009-2010) – Kwang-Soo

Here He Comes | Keubuni Oshinda (MBC / 2008)

Jujurnya senarai filem dan drama tu adalah hasil carian google, jadi tambah lah sendiri kalau ada yang kurang ya.

Baca yang lain