Rupa Rupanya Angelina Jolie Minta Cerai Selepas Dibelasah Dan Dimalukan Brad Pitt Depan Anak Anak

Insiden keganasan rumah tangga melibatkan Angelina Jolie dan Brad Pitt akhirnya terbongkar dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh FBI.

Ini merupakan kali pertama butiran kejadian itu didedahkan. Insiden keganasa itu berlaku di dalam jet peribadi Jolie-Pitt pada tahun 2016 dikeluarkan kepada umum.

Sebelum ini, hanya khabar angin sahaja yang tersebar tentang penceraian pasangan Brangelina itu berpunca daripada keganasan rumah tangga. Ramai peminat mereka pula masih berharap pasangan itu kembali bersatu. Kini segalanya berubah. Ini selepas mereka didedahkan dengan informasi bahawa Pitt mengasari Angelina Jolie.

Laporan FBI yang telah banyak disunting dikeluarkan kepada umum atas permintaan pelakon popular, Angelina Jolie sendir.

Lapporan itu agak memeranjatkan kerana perincian keganasan membabitkan pasangan yang mempunyai enam anak ini ternyata lebih teruk daripada yang dibayangkan.

Menurut CNN, kejadian pertama berlaku semasa pulang dari bercuti. Di mana Angelina Jolie dan Brad Pitt serta semua anak mereka pulang dari bercuti selama dua minggu.

Jet peribadi yang mereka naiki sedang dalam perjalanan ke California tetapi Brad Pitt dikatakan sedang minum dan mabuk. Setibanya di lapangan terbang Los Angeles, dia kemudian menahan ahli keluarganya daripada turun dari pesawat selama sekurang-kurangnya 20 minit.

Dia kemudian meminta isterinya datang ke ruang belakang pesawat, hanya Angelina sahaja dia mahukan, tanpa kehadiran anak mereka.

Kemudian, laporan FBI menyebut bahawa bintang Bullet Train itu mulai melakukan beberapa penderaan fizikal dan lisan. Kedua-duanya berada di dalam bilik tertutup tetapi dikatakan pelakon itu telah “memegang kepalanya,” “memegang bahunya,” menggoncangnya, menolaknya ke dinding bilik mandi dan menjerit ke arah Angelia Jolie.

Sempat juga dia mengeluarkan kata-kata kasar dan menjerit ke arah wanita yang menjadi pelakon bersamanya dalam Mr & Mrs. Smith dengan berkata:

“Anak anak tu dah macam rupa ‘f***ing Columbine kid’. Kau tak tau apa yang dah kau buat! Engkau telah kacau keluarga ini,” kata Pitt.

Angelina Jolie mengalami kecederaan gara-gara perbuatan kasar bekas suaminya, aktres yang aktif dalam aktiviti PBB itu mengalami pelbagai kecederaan di seluruh badan.

Laporan itu berkata dia mengalami kecederaan di bahagian belakang dan siku akibat dihayunkan Brad Pitt ke atas kerusi, ketika Angelina cuba menghalang Brad Pitt daripada mendekati anaknya.

Selain itu, pelakon Eternals itu turut melecur di tangan kiri serta beberapa kesan calar akibat kejadian fizikal itu. Dia juga disimbah dengan bir sebelum keganasan semakin memuncak

Brad Pitt dan Angelina Jolie sebelum ini dikenali sebagai pasangan yang harmoni dan sering membawa semua anak mereka dalam aktiviti mereka. Ironinya, kejadian keganasan rumah tangga terpaksa disaksikan oleh anak-anak mereka.

Menurut laporan FBI, dua anak mereka, yang masih di bawah umur, mendengar kekecohan antara ibu bapa mereka dan menangis di luar pintu bilik dan bertanya sama ada ibu mereka tidak apa-apa.

Brad Pitt menjerit dan mencarut sambil menumbuk siling jet peribadi mereka dan membalas pertanyaan anaknya dengan jeritan yang menakutkan mereka.

“‘Tidak, ibu tidak okay. Dia telah merosakkan keluarga ini. Dia orang gila,'” jawapan itu, berdasarkan laporan itu. Ini mencetuskan respons daripada anak lelakinya yang seorang lagi yang lebih matang menjawab bapanya yang bermasalah.

Akibatnya, pelakon pemenang Anugerah Akademi itu mengamuk dan ‘kelihatan seperti mahu menyerang’ anaknya, yang cuba disekat Angelina Jolie.

Tiada pertuduhan difailkan dengan dakwaan dan fakta yang ada. Oleh itu Brad Pitt tidak ditangkap atau didakwa berhubung insiden itu.

FBI berkata ia menghentikan siasatan lanjut kerana tiada pertuduhan telah difailkan, sama ada oleh Angelina Jolie atau oleh orang lain.

Semua pihak bersetuju bahawa pertuduhan jenayah dalam kes ini tidak akan diteruskan atas beberapa faktor, kata kenyataan rasmi itu lagi, walaupun butiran kejadian keganasan itu kini telah didedahkan kepada umum.

“Tiada pertuduhan telah difailkan dalam berkaitan dengan perkara ini dan tidak patut diberi ulasan lanjut,” kata seorang jurucakap FBI.

Angelina Jolie memfailkan cerai sejurus selepas kejadian yang diputuskan mahkamah pada 2019. Bagaimanapun, bekas pasangan itu masih bertelagah mengenai harta, aset dan hak penjagaan anak mereka.

“Saya berpisah untuk kesejahteraan keluarga saya,” kata aktres berusia 47 tahun itu dalam wawancara Vogue India.

“Ia adalah keputusan yang tepat. Saya terus memberi tumpuan untuk menyembuhkan mereka.”

Brad Pitt mengaku berhenti alkohol Dalam temu bual GQ 2017, Brad Pitt mengakui dia berhenti minum alkohol selepas tahun sebelumnya secara berlebihan. Bekas suami Jennifer Aniston juga cuba mencari ketenangan peribadi walaupun dia tidak pernah menyebut kejadian ganas itu.

Dia mengakui dia kesunyian dan merindui anak anaknya.

Pitt berkata: “Saya sentiasa berasa sangat keseorangan dalam hidup saya,” katanya. “Sendirian membesar sebagai seorang kanak-kanak, sendirian walaupun di sini, dan baru-baru ini saya mendapat pelukan yang lebih erat daripada rakan dan keluarga.”

Baru baru ini, anak mereka bernama Maddox mahu membuang nama Pitt daripada nama keluarganya, dan mahu menggunakan nama Jolie. Namun tindakannya itu tidak disokong oleh Angelina Jolie.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di