Rupa Rupanya Gavi Masih Tidak Dapat Didaftarkan Sebagai Pemain Barcelona FC

Gavi masih tidak dapat didaftarkan ke dalam pasukan utama Barcelona walaupun dia merupakan antara pemain terbaik Barca pada musim ini.

Dia menjadi pemain yang membantu Barca terus berada dalam landasan terbaik untuk kejuaraan La Liga.

Beberapa minggu lalu, Gavi menjadi pemain terbaik dalam aksi final Piala Super Sepanyol menentang Madrid.

Dia juga merupakan pemain utama dalam skuad kebangsaan Sepanyol.

Namun begitu, Gavi sebenarnya masih tidak memiliki kontrak profesional bersama skuad utama Barcelona yang disebut Barcelona FC atau FC Barcelona.

Barcelona telah membuat rayuan untuk mendaftarkan Gavi ke dalam pasukan utama namun ditolak oleh La Liga.

Sebelum ini Barca diberikan beberapa syarat khas untuk mendaftarkan kira kira 7 pemain baharu mereka pada awal musim.

Mereka terpaksa melepaskan pemain seperti Aubameyang dan meminjamkan beberapa nama lagi ke kelab luar untuk memberikan ruang kepada bil gaji pemain.

Barca tidak boleh mendaftarkan pemain baharu pada Januari. Kerana akaun mereka masih tidak sihat.

Ini menghalang kelab itu daripada membeli pemain baharu pada Januari 2023.

Lebih mengejutkan apabila Barca masih tidak diberikan kebenaran mendaftarkan Gavi.

Jadi, bagaimana Gavi boleh bermain?

Sebenarnya Gavi adalah pemain yang didaftarkan dalam pasukan pembangunan ataupun B-19 Barcelona.

Peraturan La Liga tidak melarang mana mana kelab menggunakan pemain muda daripada akademi mereka.

Bagaimana dengan kontrak lanjutan dan klausa pelepasan €1 billion pada kontraknya?

Sebenarnya kontrak lanjutan itu dan klausa tersebut masih tidak teraktif lagi selagi lagi Gavi tidak dapat didaftarkan sebagai pemain pasukan utama Barcelona.

Pemain itu malah tidak memiliki nombor dalam skuad utama.

Barca sebelum ini bercadang memberikan Gavi no.6 yang ikonik dengan Xavi sendiri. Namun buat masa ini, Gavi masih memakai jersi 30 yang biasanya dipakai oleh pemain daripada pasukan pembangunan Barca.

Barca terus bergelut dalam usaha mereka cuba mendaftarkan Gavi agar kontrak pemain itu terus teraktif. Ini kerana, selagi lagi ianya tak teraktif, Gavi boleh sahaja pergi tanpa perlu melalui klausa pelepasan.

Di pihak Gavi dia pastinya sedar bahawa Barca boleh sahaja berterusan memabayarnya dengan gaji sebagai pemain remaja dan bukan pemain utama.

Walaupun Barca sudah berjaya melepaskan Memphis Depay ke Atletico Madrid dan persaraan Gerard Pique, mereka tetap dihalang mendaftarkan Gavi pada ketika ini.

Ronald Araujo, Alejandro Balde dan Inaki Pena juga dilaporkan dalam situasi yang sama dengan Gavi.

Baca yang lain