Rupa Rupanya Pemain Pemain Arsenal Datang Minta Kebenaran Melakukannya

Mikel Arteta mendedahkan bahawa para pemain Arsenal sendiri meminta kebenaran untuk berlutut sebelum sepak mula dalam aksi Liga Europa.

Dan mereka akan bertanggungjawab secara kolektif jika tindakan mereka itu tidak dibenarkan oleh UEFA.

Arsenal menjadi tumpuan apabila Alexandre Lacazette mengetuai pemain pemain lain – betul betul berlutut di hadapan pemain pemain Slavia Prague dengan wajah bengis dan pandangan mautnya.

Ramai peminat menganggap tindakan Lacazette itu sebagai respon kepada kelakuan rasis pemain mereka, Kudela yang disokong oleh ultras Slavia Prague sendiri – ketika mereka menyerang Glen Kamara dengan rasis sekali.

Arteta bercakap kepada umum selepas perlawanan: “Para pemain meminta kebenaran dari saya dan kelab [untuk melakukannya]. Mereka mahu mengambil inisiatif, dan mereka ada alasan yang tepat untuk melakukannya, jadi, saya dan kelab sangat menyokong tindakan mereka.”

“Syukurlah pengadil dan UEFA sangat menyokong juga, jadi saya rasa ianya satu tindakan yang bagus.”

Slavia tewas 4-0 dalam perlawanan kedua. Agak ironi apabila kesemua penjaring gol adalah pemain berkulit hitam.

Arsenal mara ke separuh akhir Liga Europa dan akan berhadapan dengan pasukan Villareal yang dikendalikan bekas pengurus mereka, Unai Emery.

Slavia Prague kemudian memuat naik mesej tahniah kepada Arsenal dengan menunjukkan bahawa pemain pemain mereka juga pernah berlutut tanda sokongan kepada BLM.

Namun di ruangan komen kelab tersebut tetap dikecam hebat dan ada yang berharap mereka disingkirkan terus dari kejohanan Eropah pada masa akan datang.

Baca juga: [VIDEO] Lacazette Menenung Pemain Slavia, Selepas Insiden Rasis Kelab & Penyokong Mereka

Pemain Slavia, Ondrej Kudela telah menggelar Glen Kamara sebagai monyet. Membuatkan pemain itu sangat mara dah kecewa.

Kuedela dijatuhkan penggantungan 9 perlawanan oleh UEFA. Membuatkan dia terlepas kesemua aksi di bawah kejohanan UEFA pada tahun ini termasuk Euro untuk negaranya.

Glen Kamara sebelum ini mengadu bahawa Kudela telah membuatkan dia sangat terluka dengan apa yang dikatakan pemain itu.

Kamara berkata: “Kudela datang ke arah saya dan berkata ‘kamu monyet, kamu ‘fxxxing’ monyet. Dan kamu tahu dari mana asal diri kamu itu. Oleh sebab itu saya memberitahu pengadil: ‘dia ni rasis, dia rasis’.”

“Emosi menguasai diri saya; marah, kecewa, rasa dihina. Saya terasa diri seperti budak kecil. Saya tak mampu menggambarkannya dengan kata kata – tentang apa yang saya fikirkan masa itu. Saya tidak harus merasai detik seperti itu lagi. Ianya sangat gila.”

Rangers dan Kamara sendiri tampil dengan beberapa kenyataan media rasmi mengecam tindakan itu menerusi media sosial mereka.

Rangers turut mengecam tindakan penyokong Slavia yang menyokong Kudela dan mengibarkan banner rasis ke arah Glen Kamara.

Lacazette tenung pemain Slavia

Dalam aksi kedua di antara Arsenal dan Slavia Praha, Alexandre Lacazette yang menjadi kapten The Gunners telah menenung tepat ke arah muka pemain pemain Slavia. Lacazette berada di hadapan pemain pemain Arsenal lain ketika berlutut untuk sokongan kepada BLM.

Tindakan Lacazette itu dianggap sangat ikonik. Di mana jelas sekali dia seperti nak makan sekor sekor pemain pemain tersebut. Beliau sangat serius dalam menenung pemain pemain Slavia yang beraksi tanpa Kudela kerana digantung.

Dalam aksi sebenar, Lacazette benar benar membuatkan Slavia menderita. Beliau menjadi pemain yang mencetuskan banyak gerakan serangan. Selain menjaringkan 2 gol – termasuk 1 penalti. Lacazette turut menjadi pemain penting dalam playmaking dan pressing pasukan Arsenal.

Arsenal berjaya menang 4-0 dalam aksi kedua ini dan menang agregat 5-1 secara keseluruhannya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan