Pengarah Urusan Chelsea, Marina Granovskaia dilaporkan menjadi satu satunya insan yang berjaya memujuk Olivier Giroud untuk terus kekal berada di kelab pada Januari lalu.
Pemain berusia 33 tahun itu sudah menyatakan hasrat untuk keluar dari Stamford Bridge pada Januari kerana beliau mahu mencari lebih minit perlawanan, sedangkan ketika itu Tammy Abraham adalah pemain pilihan utama.
Giroud sudah dibenarkan bercakap dengan Inter Milan untuk potensi bergabung dengan Antonio Conte. Dan Lampard sangat berharap pemain itu memberikan pertimbangan berdasarkan situasi di kelab mereka.
Chelsea gagal dapatkan no.9
Chelsea dibenarkan membeli pemain pada Januari. Lampard cuba menandatangani Edinson Cavani dari PSG.
Namun rundingan menjadi sukar kerana Cavani dikatakan mahu ke Atletico dan kelabnya, PSG meminta harga terlalu tinggi untuk pemain yang baki kontrak hampir tamat.
Chelsea mendengar pemain ini tidak begitu gembira dengan penolakan oleh PSG ini, dan mereka telah masuk line nak membida Cavani.
Mana tahu dapat la kan. Chelsea memang cari penyerang. Mereka turut dikaitkan dengan pemain seperti Timo Werner.
Dan kedua-dua pihak dilaporkan sudah mengadakan perbincangan. Sebagai info tambahan, pemain free agent tinggal 6 bulan, tak perlu minta kebenaran kelab kalau nak cakap dengan kelab lain.
Edinson Cavani latest: Chelsea have opened talks for the 32-year-old.
PSG boss Thomas Tuchel has revealed his stance on a potential transfer this month.#CFC https://t.co/vGRD55hnJs
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) January 21, 2020
Apa yang berlaku, Cavani meletakkan syarat yahudi kepada Chelsea.
Pemain itu mahukan £360k seminggu di Stamford Bridge sebelum potongan cukai, dan mahukan deal itu sekurang-kurang 18 bulan.
Tak cukup dengan itu, Cavani mahu mendapatkan bonus menandatangani kontrak, ni dia dan ejen dia dapat bayaran tinggi. James Olley melaporkan total gaji dengan bayaran tandatangan kontrak itu mencecah £28 juta.
Cavani earns in excess of £360,000/week and it is understood he wants a minimum 18-month contract. That works out at approximately £19m per season and added to a hefty signing-on fee, the total outlay could easily surpass £50m for a player who turns 33 next month (Standard) #PSG
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) January 21, 2020
Oleh yang demikian, minimum kos Chelsea tanggung untuk kontrak pemain 18 bulan sahaja, iaitu sekitar £43 juta – £50 juta , pemain ini akan berusia 33 tahun pada bulan depan.
Sanggup tak bayar angka itu untuk pemain yang hanya tinggal 6 bulan sahaja baki kontrak? Namun Chelsea sebenarnya pernah pau Real Madrid dengan Eden Hazard.
Piece here on Cavani. #cfc looking at it but figures involved are high. Earns over £360k-a-week before tax, wants at least an 18-month deal. That’s about £28m, plus signing-on fee, plus PSG want around £15m this month. Adds up to a lot for a player who turns 33 next month. https://t.co/URXOZO8ipV
— James Olley (@JamesOlley) January 21, 2020
Chelsea dilaporkan tidak rela membayar angka itu, dan mahu negosiasi semula.
Thomas Tuchel masih berharap pemain itu akan kekal. Kerana mereka tidak merancang membeli sebarang penyerang bintang pada Januari ini.
Ini kerana PSG ada lagi kempen UCL yang sangat penting untuk mereka cuba menangi.
Frank Lampard mahukan pemain seperti Cavani, yang memiliki kaliber tinggi di hadapan, bagi menguatkan barisan serangan.
Beliau ada Tammy Abraham yang menjadi penyerang utama. Cavani pemain berpengalaman dan diharap akan memberikan impak, selain di atas padang, beliau juga mampu memberikan impak di dalam bilik persalinan.
Akhirnya Chelsea terus gagal mendapatkan no.9 dan akhirnya Giroud memberikan komitmen untuk kekal.
Lampard kemudian memberikan penghargaan beliau kepada Giroud yang dianggapnya pemain paling profesional yang pernah beliau uruskan.
Giroud tidak menandatangani kontrak dengan Inter dan kembali ke London.
Exclusive: Olivier Giroud agent met Inter directors today in Milano. The French striker would be ready to join and agreed personal terms (contract until 2022) – but talks are still on between Inter and Chelsea, no agreement yet btw the two clubs. 🔵 @SkySport #Inter #Chelsea #CFC pic.twitter.com/zcumNneQjU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 9, 2020
Marina pujuk Giroud dengan caranya tersendiri
Marina Granovskaia sebenarnya telah menjadi individu yang berjaya memujuk Giroud kekal.
Perkara itu didedahkan oleh Christian Falk. Di mana Marina telah memujuk Giroud melalui Isteri Olivier Giroud, Jennifer.
Olivier Giroud's decision to stay at #Chelsea was reportedly down to his wife's close relationship with Marina Granovskaia. (@RT_com)https://t.co/rMzBReNgiM
— Chelsea HQ (@Chelsea_HQ) July 25, 2020
Marina dan Jennifer ada hubungan yang sangat rapat. Ianya telah menghalang Giroud daripada pergi.
Giroud juga kemudiannya mendedahkan bahawa beliau menjadi rebutan bukan sahaja Inter, malah turut diintai oleh Lazio dan Tottenham Hotspur.
Giroud berkata: “Jujurnya saya melihat diri saya di tempat lain.”
“Saya melalui enam bulan yang rumit. Itulah sebabnya saya cuba pergi pada bulan Januari.”
“Saya melakukan segalanya [untuk pergi]. Pada akhirnya, dengan keadaan itu, Chelsea tidak mahu melepaskan saya. Syarat penting bagi pemergian saya adalah untuk mempunyai pengganti.”
“Kelab yang paling menarik bagi saya adalah Inter Milan. Masalahnya ialah kesulitan di Chelsea berlarutan.”
“Pada akhirnya, dan walaupun Lazio ada di sana hingga akhir dan Tottenham juga, itu bukan lagi persoalan ke mana saya akan pergi — tetapi bolehkah saya pergi. Tidak ada yang dapat saya lakukan. Saya buntu.”
Dan sekarang telah terungkap bahawa Granovskaia memainkan peranan penting dalam mantan pemain Arsenal yang tinggal di kelab.
Granovskaia mendapat pujian meluas kerana peranannya dalam urusan perpindahan Chelsea dalam beberapa bulan ini dengan kejayaan membawa Ziyech, Werner dan selepas ini dijangkan Kai Havertz juga akan menyertai Cheslea.