Ruud Gullit Antara Pemain Bintang Yang Mengubah Landskap Premeir League

Saya masih sedih apabila melihat semula bagaimana karier saya berakhir di Chelsea, namun saya mempunyai banyak kenangan manis disana.

Apabila mengenangkan perpindahan saya ke sana 25 tahun lepas, saya berasa sangat tua sekarang. Tetapi kadang-kadang saya rasa baru seperti semalam ia berlaku.

Saya terus jatuh cinta dengan kota London kerana saya menemui satu tempat yang mempunyai kebebasan yang tidak ternilai.

London merupakan tempat yang mengembirakan saya dan para pemain Chelsea merupakan Lovely boys yang saya sayangi.

Saya terangkan mengapa.

1995-1996 titik perubahan Premeir League

Ketika saya menyertai Chelsea pada tahun 1995, Premeir League sangat berbeza dari apa yang anda lihat sekarang.

Saya bukan pemain luar yang pertama datang ke sini, tetapi saya adalah pemain pertama bernama besar datang, dari liga yang lebih besar seperti Serie A.

Jika diimbas kembali, pada saat itu ia mungkin menjadi titik perubahan Premier League berubah menjadi seperti sekarang.

Itali adalah raja ketika itu. Semua pemain terbaik berada disana.

Bola sepak Inggeris terlalu asas dan mereka memerlukan pemain luar untuk mengangkat kelabnya bermain di pentas tertinggi Eropah seperti Champions League, UEFA Cup dan Cup Winners Cup.

Dennis Bergkamp, David Ginola dan Juninho datang ke liga ini bersama saya.

Saya perlu meninggalkan Itali selepas 8 tahun bersama AC Milan dan Sampdoria. Premier League merupakan tempat yang sesuai untuk saya melakukan sesuatu yang baru.

Pada ketika itu saya berusia 32 tahun. Saya sudah berada di puncak kejayaan dalam tempoh yang lama.

Ramai orang berkata saya sudah hilang sentuhan dan hanya mahu membuat duit di Premier League sebelum bersara.

Mereka salah.

Tidak ada sesiapun yang faham kenapa saya memilih untuk ke Chelsea.

Saya memang tidak tahu banyak tentang bandar dan kelab ini. Tetapi hanya satu sebab saya kesana, hanya kerana Glenn Hoddle.

Kali pertama saya melihat Stamford Bridge, saya Cuma terfikir ‘stadium apa ni?’

Saya sudah biasa bermain di stadium terbaik dunia. Tetapi disini hanya terdapat 2 tempat.

Stadium mereka bagaikan tapak pembinaan bangunan, seperti bangkai kapal dan anda perlu berjalan di atas papan kayu.

Manakala padang latihan mereka sangat berbeza dengan tempat latihan yang biasa saya gunakan sepanjang karier saya.

Kemudahan di Chelsea sekarang sudah bertaraf dunia tetapi pada masa dahulu mereka hanya berpusat di Harlington, sebuah sekolah.

Tidak ada apa-apa di sana melainkan hanya 5 bilik persalinan kecil, bangku kayu dan tempat gantung baju.

Walaupun begitu, saya menyukai suasana itu kerana ia membuatkan saya teringat suasana ketika baru bermain bola sepak pada usia 9 tahun.

Saya tahu, ketika saya menyertai pasukan ini, Chelsea tidak akan mampu mencabar kejuaraan. Mereka bukan kelab yang kuat di England apatah lagi di eropah.

Tetapi saya tahu kemana halatuju kelab ini, saya tahu apa yang berlaku dalam bola sepak Inggeris dan yang paling penting saya sukakan cabaran.

Situasi itu sama ketika saya meninggalkan Belanda untuk menyertai AC Milan.

Ketika saya tiba disana pada tahun 1987, mereka tidak memenangi Piala Eropah selama 14 tahun. Apabila saya keluar, saya memenangi 2 medal kejuaraan bersama mereka.

Glenn Hoddle berkongsi cita-citanya dengan saya.

Dari persepsi orang Belanda Glenn merupakan pemain bola sepak yang terbaik dimiliki Inggeris, tetapi di England dia tidak dihargai.

Glenn menelefon saya beberapa bulan sebelum saya tiba. Dia mengatakan mahu menandatangani saya kerana dia tahu saya mengaguminya sebagai pemain bola sepak.

Apa yang saya tahu Glenn bukan seorang pengurus yang mengamalkan permainanan long ball. Itulah faktor utama saya ke Chelsea.

Di akhbar saya dikaitkan dengan banyak kelab. Bayern Munich, Galatasaray, Monaco dan Feyenoord antara kelab yang dikaitkan dengan saya ketika itu. Malah ada yang mengaitkan saya dengan kelab di Jepun.

Hakikatnya saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana kelab yang dikaitkan dalam akhbar. Saya bertemu Glenn pada Mei 1995 dan bersedia menyertainya.

‘Chelsea, saya datang.’

Memahami bola sepak dan orang Inggeris

Saya tidak pernah bermain bola sepak cara Inggeris tetapi saya tahu liga ini bermain secara fizikal. Pada masa itu, walau dimana pun anda bermain, pemain tidak akan mendapat perlindungan dari pengadil seperti sekarang.

Disebabkan itu, selepas sidang akhbar pertama memperkenalkan saya sebagai pemain Chelsea, saya terus bekerja keras dan bersedia dengan tuntutan liga ini.

Saya sudah biasa menjadi tumpuan bersama AC Milan. Apabila anda menjadi tumpuan, anda perlu tampil lebih baik daripada yang lain.

Jika tidak, anda akan dikritik.

Saya pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sebanyak 2 kali. Sikap saya sentiasa mahu memberi yang terbaik semampu yang boleh.

Saya sering mahu membuktikan sesuatu dan menjadi contoh kepada pemain lain.

Jadi saya pergi ke Portugal, menyewa sebuah rumah bersebelahan padang golf dan berlatih bersungguh-sunguh setiap hari dengan berlari-lari sekitarnya.

Apabila saya kembali ke Chelsea bagi menghadapi latihan pra-musim, saya sudah berada dalam keadaan yang baik.

Namun saya melihat sedikit masalah dengan para pemain Chelsea. Mereka makan makanan yang tidak sesuai dengan pemain bola sepak.

Mereka makan stik, sosej, kerepek dan makanan bergoreng. Anda tidak boleh makan begitu. Ia sangat berbeza dengan Itali dan negara-negara lain tentang corak permakanan.

Sekarang saya ketawa apabila memikirkan beberapa perkara lalu pada hari ini. Di England mereka bermain dengan ‘sangat jujur’.

Apabila mereka datang untuk membentes anda, anda dapat lihat dari jauh lagi mereka datang untuk membentes.

Ya, dimana-mana pun pemain akan membentes anda, tetapi di Serie A mereka lebih pandai melakukanya. Dengan pengalaman itu, agak senang saya menangani situasi ini di England.

Ketika saya tiba di England, saya mempunyai nama besar. Pemain lawan berpendapat mereka boleh jadikan saya sebagai sasaran.

‘Welcome to Premier League’ (Selamat datang ke Liga Perdana), itu yang saya rasa tentang apa yang mereka fikirkan.

Paling kelakar berlaku ketika Vinnie Jones cuba melakukannya ketika kami bertemu pasukannya, Wimbledon.

Saya sudah tahu sebelum perlawanan bahawa Vinnie mahu ‘membunuh’ saya. Saya sudah bersedia dengan kemungkinan tersebut.

Pada awal babak kedua saya menerima bola di satu sudut, saya membelakanginya dengan punggung dan saya dapat mendengar dia berlari ke arah saya.

Apa yang saya lakukan adalah melompat sedikit dari tanah dan buat-buat berguling.  Ya, saya tahu Vinnie sudah menangkap saya tetapi bukan dengan cara yang dimahukannya.

Vinnie dilayangkan kad merah, saya bangun dan berkata kepadanya ‘sekarang kita boleh bermain bola sepak Vinnie’.

Dia memaki hamun saya tanpa henti. Keesokan hari dia mengatakan saya yang menjerit kepadanya seperti babi. Selepas itu saya berfikir ‘okay, saya kenal anda’.

Apa yang lucu, kami menjadi kawan baik tidak lama selepas insiden itu. Kami ketawa bersama apabila mengingati kejadian tersebut.

Perkara seperti ini menjadi masalah untuk pemain luar bermain di Premeir League. Ia tidak menjadi masalah bagi saya. Saya banyak belajar di Itali dan ia sangat membantu saya di England.

Bagaimanapun saya kurang berjaya di England, tidak seperti apa yang dirancangkan.

Gullit sebagai sweeper

Ramai mengatakan Glenn menyuruh saya bermain di posisi sweeper. Sebenarnya saya yang meminta untuk bermain di posisi itu.

Saya memberitahunya jika saya menyertai Chelsea, saya mahu bermain sebagai sweeper bukan sebagai attacking midfielder seperti di AC Milan.

Di awal karier saya sebagai pemain bola sepak, saya menyukai posisi itu.

Terdapat masalah ketika saya bermain disitu. Ramai pemain yang berada di kawasan itu.

Apabila pemain lawan melakukan long ball ke dalam kotak penalti, saya akan mendada bola tersebut dan cuba bermain dari sana.

Glenn akan menjerit ‘Rudi, jangan, jangan. Saya tahu apa yang anda mahu buat tapi anda akan menyusahkan pertahanan sendiri.’

Ia membawa maksud clear bola itu keluar, jangan cari pasal dalam kotak penalti sendiri.

Namun situasi itu agak berjaya sekarang. Lihat berapa banyak pasukan Premier League cuba membina permainan dari pertahanan.

Pada tahun 1990-an mereka sudah terbiasa melakukan clearance dengan menendang bola sejauh mungkin.

Saya cuma mahu membuat hantaran di kawasan sekitar tetapi mereka tidak mahu hantaran sebegitu dilakukan.

Jadi Glenn mengatakan ‘tidak’ dan meminta saya bermain di posisi lain, peranan yang lebih menyerang.

Saya tidak ingat bila perubahan posisi saya berlaku tetapi saya ingat satu perkara. Rakan sepasukan saya, Gavin Peacock bertanya ‘Rudi, bagaimana anda sentiasa dapat melepaskan diri dari pemain lawan?’

Saya tidak dapat menjelaskannya kerana ia berkaitan dengan pengalaman. Bagi saya, di England terdapat lebih banyak ruang dari Serie A.

Dari sudut kehidupan peribadi, saya lebih mendapat kebebasan di England. Di Itali, sukar bagi saya untuk keluar kerana ramai wartawan memburu saya.

Tetapi di England tidak ada sesiapa yang mengejar saya. Tidak ada sesiapa yang mahukan apa-apa dari saya. Saya lebih bebas.

Di Milan, saya akan ke kem latihan sebelum perlawanan. Sementara itu di England anda hanya mempunyai 1 sesi latihan setiap hari dan cuti pada hari Ahad.

Saya dapat berjumpa dengan kawan dan berjalan-jalan.

Pada awal ketibaan saya tinggal disebuah hotel, saya tidak tahu dimana lokasinya. Cuma saya tahu ia  bersebelahan dengan lapangan terbang.

Pada satu hari saya memutuskan untuk keluar dengan memandu kereta. Agak sukar kerana disana kereta dipandu terbalik (left hand drive).

Apabila saya berada di Piccadilly Circus saya merasakan inilah tempat yang sesuai dengan saya.

Menyesuaikan diri dengan suasana

Banyak perbezaan antara bola sepak Inggeris dan Itali.

Dari sudut positif adalah para penyokongnya. Saya dapat merasakan hubungan istimewa dengan mereka.

Para peminat lebih menghargai dengan apa yang anda berikan, lebih-lebih lagi jika anda melakukan sesuatu yang istimewa di atas padang.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pemain Chelsea. Saya selalu memanggil mereka Lovely Boys.

Mengapa Lovely Boys?

Baiklah. Saya sangat suka dengan sebuah rancangan Inggeris berjudul It Ain’t Half Hot, Mum’. Windsor Davies membawa watak Sarjan Mejar dan menggunakan perkataan Lovely Boys kepada anak buahnya.

Saya fikir ketika saya menyertai Chelsea, pemain Inggeris akan terkejut kerana saya menyukai rancangan Inggeris.

Saya membesar dengan rancangan itu melalui TV di Belanda sekitar 1970-an.

Di dalam bilik persalinan saya boleh bercakap mengenai rancangan Frank Spencer, Fawlty Towers, Are You Being Served dan George & Mildred.

Perkara ini membantu saya menyesuaikan diri saya dengan cepat.

Bagaimanapun ia bukan faktor tunggal menjadikan saya cepat menyesuaikan diri, ia berlaku kerana keinginan saya kuat.

Perkara ini tidak berubah sejak dulu sehinggalah sekarang.

Apabila anda berpindah ke kelab baru berlainan negara, anda perlu memahami bahasanya terlebih dahulu. Kemudian anda perlu menghabiskan masa dengan mereka.

Di Chelsea, saya keluar dengan semua orang. Pergi ke restoran, konsert dan bermain golf.

Kebanyakkan pengalaman saya disana adalah baik tetapi hanya 1 yang tidak.

Gwyn tidak jujur

Saya dilantik menjadi pengurus-pemain selepas setahun disana. Ia berlaku selepas Glenn Hoddle diangkat menjadi pengurus England.

Saya membawa masuk Gianfranco Zola, Gianluca Vialli, Roberto Di Matteo dan Frank Leboeuf.

Pada tahun 1997 kami memenangi Piala FA. Pada bulan Februari 1998 kami berada di kedudukan ke-2 Premier League.

Disamping itu kami juga berada di peringkat suku akhir Cup Winners Cup dan dalam usaha menandatangi Jaap Stam (PSV Eindhoven) Brian Laudrup (Rangers).

Sehari sebelum saya dipecat, saya bermain golf dengan salah seorang jurulatih saya, Gwyn Williams dan beberapa pemain seperti Zola, Kevin Hitchcock.

Saya cuba menghubungi Laudrup tetapi tidak dijawab, ia sesuatu yang pelik.

Rupanya Gwyn tahu apa yang sedang berlaku dan tahu mereka akan memecat saya. Dia hanya bermain golf dengan saya supaya saya tidak pergi kemana-mana dan tidak berada di tempat yang sama dengan Laudrup.

Dipecat merupakan satu pengalaman yang mengerikan. Mereka tiada sebab untuk memecat saya.

Mereka berkata ia disebabkan kerana permintaan saya melalui kontrak baharu, tetapi ia cuma alasan kerana rundingan dan perbincangan belum berlaku.

Mereka tetap memecat saya walau apa pun situasi.

Apa yang dilakukan oleh Gwyn merupakan perkara paling teruk berlaku. Saya tidak dapat memahami bagaimana seseorang boleh keluar bersama anda sepanjang hari dan tidak mahu memberitahu situasi sebenar.

Jika dia tidak mahu memberitahu secara terperinci, cukup dengan mengatakan kepada saya berhati-hati kerana ada sesuatu yang sedang berlaku.

Itu merupakan perkara yang paling buruk yang pernah orang lakukan kepada saya, sama ada dalam kerjaya bola sepak mahupun dalam kehidupan.

Saya tidak akan memaafkan mereka.

Cabaran baru Premier League

Momen terbaik bagi saya adalah ketika Chelsea memenangi Piala FA. Memenangi Champions League bersama AC Milan juga agak luar biasa. Tetapi kedua-duanya bagi saya sama.

Saya merupakan pengurus baru, Chelsea juga adalah kelab yang baru kembali dari radar bola sepak Inggeris.

Saya tidak menjangkakannya dan ia berlaku secara tiba-tiba.

Saya berasa bangga berada disana dan melihat bagaimana Premier League berkembang. Kedua-duanya (Chelsea dan Premier League) telah meningkat dengan baik. Ia bermula di satu titik.

Ketika saya datang, itulah masa halatuju baru bagi bola sepak Inggeris dan mungkin berada dalam situasi sama sekarang akibat pandemic coronavirus.

Semua kelab perlu memikirkan cara baru untuk menguruskan pasukan masing-masing.

Bagi saya, masalah di England terlalu ramai pemain yang mendapat gaji tinggi tetapi tidak bermain dengan bagus.

Jika mereka merupakan pemain bintang tidak mengapa untuk membayar mereka mahal. Tetapi saya melihat ramai pemain yang menerima gaji tinggi tetapi tidak sepadan dengan kualiti mereka.

Wang telah mengubah Premier League, kebanyakkannya ke arah yang lebih positif.

Namun jika perlumbaan membeli pemain dengan harga mahal dan memberi gaji tinggi terus berlaku, maka banyak kelab bakal muflis.

Mereka harus berhati-hati atau mereka perlu mengubah ‘model’ bola sepak mereka sekali lagi.

Sumber: BBC Sport

Foto: AstroArena, BBC Sport, Getty Image, El Arte de Futbol