Legenda Belanda, Ruud Gullit melabel Cristiano Ronaldo menangis untuk meraih simpati semata mata bukannya tangisan ikhlas katanya.
Gullit lantang mengkritik Ronaldo dengan melabel era kemuncak pemain itu sudah berlalu. Dan meminta pemain itu menerima hakikat bahawa dia hanyalah pemain biasa di dalam pasukan Portugal dan bukannya bintang utama lagi.
Namun Gullit mendapati Ronaldo tidak dapat menerima kalau ada pemain lain menjadi bintang utama Portugal. Sedangkan ramai pemain lain yang lebih bagus daripadanya pada masa ini.
Gullit tiada masalah Ronaldo berada dalam pasukan dan menghormati statusnya sebagai legenda bola sepak. Namun menurut bekas pemain AC Milan itu, apa yang dilakukan Ronaldo adalah menyusahkan pasukannya.
Misalnya, Ronaldo mahu menjadi pengambil semua sepakan percuma di luar kotak penalti dan penalti. Sedangkan pemain lain lebih bagus daripadanya pada masa ini.
Terbaru Ronaldo gagal menyempurnakan penalti yang hampir mengorbankan kempen pasukannya. Mujur Diogo Costa menyelamatkan percubaan saat akhir Benjamin Sesko daripada kedudukan 1 lawan 1.
Gullit menyampah dengan sikap Ronaldo. Dia berkata: “Ronaldo mahu mengambil semua sepakan percuma walaupun dia hanya mencetak 1 gol daripada sepakan percuma daripada 60 percubaan.
“Di dalam pasukan Portugal ketika ini, ramai pemain yang melakukan sepakan percuma lebih baik daripadanya. Namun Cristiano Ronaldo mahu mencuri perhatian seperti biasa. Saya tidak suka apa yang berlaku dalam perlawanan ini,” tegas Gullit merujuk kepada sikap Ronaldo dalam aksi berdepan Slovenia.
Dia memberikan komen tentang tangisan Ronaldo. Ketika ramai peminat bola sepak simpati dengan tangisan Abang Do, Gullit pula sebaliknya. Dia menganggap itu hanyalah tangisan buaya ataupun tangisan berpura pura sedih selepas melakukan kesalahan.
“Dia mempersia siakan semua sepakan percuma dan gagal menjaringkan penalti. Kemudian dia menangis pula. Saya nampak itu cuma tangisan buaya untuk menutup kesalahannya.
“Apa yang Ronaldo buat ini benar benar tidak boleh diterima.”
Every time Ronaldo wants to steal the spotlight.
After wasting all the free kicks and not scoring, you miss the penalty kick and cry? This is frankly unacceptable and these are crocodile tears.”#Footballplayers #EURO2024 pic.twitter.com/j342ajKVgQ
— Football Players (@footballpl2023) July 3, 2024
Ronaldo semalam menyatakan bahawa dia menangis kerana terharu melihat sokongan daripada rakannya kepadanya. Dan dia bertanggungjawab untuk menebus kesilapannya dengan menjadi pemain pertama mengambil penalti pada penentuan penalti.
“Saya harus bertanggungjawab. Sebab itu saya nak jadi penyepak penalti pertama. Saya tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Saya dah buat benda ini sepanjang hidup saya,” tegas Ronaldo yang berjaya membantu pasukannya mara ke suku akhir dengan jaringan penalti pada penentuan sepakan penalti.
Portugal menang 3-0 dalam penentuan penalti. Dengan Diogo Costa mempamerkan salah satu aksi penjaga gol terbaik dalam sejarah Euro ketika penentuan penalti. Dia dengan yakin menyelamatkan ketiga tiga penalti Slovenia.
Ruud Gullit sebenarnya antara legenda yang sangat mengagumi Ronaldo. Pada 2019 dia mengiktiraf Ronaldo sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.
Dia berkata: “Cristiano Ronaldo? Bagi saya dia adalah GOAT. Dia menang segalanya di peringkat kelab dan menang Euro bersama negaranya. Dia ada 5 Ballon d’Or dan menang piala ke mana sahaja dia pergi, di 3 negara berbeza. Memang luar biasa.”
Ruud Gullit is him 👏🏽
Another legend showing you why Ronaldo is clear of Messi. pic.twitter.com/Fbympq0WlM
— Trey (@RMATrey_) March 30, 2024