Robin Van Persie menyatakan, salah satu sebab beliau menyertai Man United adalah kerana ramai pemain berkelas dunia di dalam pasukan United pada ketika itu.
Sebab utama, pastinya korang semua dah tahu kan? Sebab Sir Alex Ferguson yang mahukan beliau.
Seterusnya beliau bercerita tentang karakter beberapa pemain di dalam Man United.
Ini termasuk Patrice Evra yang kerap dianggap pemain paling kelakar oleh peminat United dan popular dengan gelaran Uncle Pat — kerana sering memuat video yang santai dan kelakar menerusi Twitternya.
Van Persie berkata:
“Ya jelas sekali, pemain-pemain mereka memenangi banyak piala bersama sama, termasuk UCL, EPL.
“Patrice Evra juga salah seorang pemimpin di dalam pasukan. Saya berada di sebelah beliau untuk dua tahun.”
“Kesungguhan, dan aura positif beliau.. menyertai pasukan Manchester United adalah ibarat nak memecahkan siling kaca. Mahu menjadikan apa sahaja perkara itu menjadi tidak mustahil.”
“Walaupun hanya dalam latihan ringkas, para pemain pemain ini akan cuba sedaya upaya nak menang.”
“Walaupun dalam situasi 5 v 2. Yang dua orang tu akan rasa sangat malu kerana kalah di tangan yang 5 orang.”
“Para pemain pemain ini membuatkan saya mulai memberikan impression bahawa mereka sentiasa mencari kesempurnaan. Mereka mendorong satu sama lain. Saya suka suasana seperti ini.”
“Saya ada rasa membandingkan detik saya lapan tahun di Arsenal. Saya tiba di sana sebagai pemain muda. Melihat pemain seperti Bergkamp melakukan apa yang mereka lakukan. Saya ada di sana.”
“Wow, saya tak pernah tengok benda seperti itu, sama juga dnegan Thierry Henry, Robert Pirès, dan Freddie Ljungberg.”
“Dan lapan tahun kemudian, dengan pengalaman tahun lebih itu, saya masih rasa ditampar dengan rasa yang sama, ketika saya menyertai Man United untuk Sir Alex Ferguson.”
“Apabila saya mulai memerhatikan Paul Scholes, cara beliau membuat keputusan ketika sesi latihan penguasaan bola yang kecil, saya baru sedar betapa ‘besarnya’ beliau.”
“Saya tak pernah melihat kualiti seperti itu…. Ryan Giggs, apabila kamu melihat beliau, kamu akan tertanya ke mana bola dia akan mendarat, dia petik je dengan jari dia, dan kesemua benda jatuh di tempat yang betul seperti satu magik.”
🗣 Robin Van Persie: “[Ryan] Giggs was the flamboyant player, always giving the impression of being in his comfort zone. Still in great shape at 39! He did yoga, lived soccer all the time.” #mufc [@sofoot] pic.twitter.com/1ddDSvi4Iy
— United District (@UtdDistrict) March 30, 2020
“Saya sangat teruja melihat mereka ini di pusat latihan. Semua pemain di dunia ini perlu merasai suasana seperti ini untuk melepasi had sebenar mereka. Manchester United di bawah Sir Alex Ferguson adalah satu emulator harian yang tiada tandingannya.”
Pemain terhebat?
Ketika ditanya, siapakan pemain yang paling hebat di Man United ketika itu? Van Persie hanya mampu ketawa dan tak mampu memberikan jawapan.
“Susah nak jawab, kerana masing masing mengujakan dengan cara tersendiri.”
“Dan saya rasa kamu harus sentiasa menjadi diri sendiri. Semua pemain ni hebat kerana mereka diberikan peluang untuk menyerlahkan sifat semulajadi mereka di atas padang.”
“Vidic seorang pejuang sejati. Beliau boleh hulur kepala di tempat orang nak rembat bola. Beliau buat apa sahaja untuk menang.”
“Ferdinand pula seorang yang lebih elegan dan selesa dengan bola. Sangat kuat di udara dan memiliki hantaran jauh yang sangat baik.”
“Giggs pemain yang mengujakan, beliau masih di shape terbaik pada usia 39 tahun, dan beliau masih beryoga serta menajalani kehidupan dengan bola sepak tertinggi.”
“Wayne Rooney menonjol dengan gaya beliau sendiri. Pemain yang sentiasa bersedia dan memberikan keyakinan kepada satu pasukan.”
“Patrice Evra, beliau seorang yang sangat dikagumi dan suaranya sangat nyaring apabila bercakap. Beliau suka memprovok kamu untuk mencabar rakan rakannya.”
“Saya tahu sekarang ni [selepas bersara] beliau banyak membuat video kelakar. Namun korang jangan percaya bahawa dia seorang yang kelakar. Dia adalah super profesional dan seorang sangat bijak.”
“Kalau korang nak tahu, Evra boleh bercakap dalam 5 bahasa, malah dia boleh berbahasa Korea sekalipun.”
(Cilaker, patutlah dia mengendeng ke dengan JS Park).
“Lihatlah kondisi fizikal dia, itu sudah cukup menunjukkan betapa profesionalnya beliau. Mentalitinya sama kuat dengan fizikalnya.”