RvP Terkejut Dengan Cara Kejam Van Gaal Halau Dia Keluar Dari United

Robin van Persie sebelum ini tidak pernah berkongsi bagaimana perbincangan beliau dengan Louis Van Gaal yang membawa kepada pemergian beliau dari Old Trafford.

Agak sukar untuk dipercayai apabila Louis van Gaal dan Van Persie membentuk kerjasama luar biasa ketika di Piala Dunia.

Namun tidak mampu menterjemahkannya di Old Traffor.

Robin Van Persie menyertai Manchester United pada 2012, ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Van Persie menjadi nadi penting dalam membantu Man United menjuarai kejuaraan liga terakhir mereka.

Van Persie cemerlang menjaringkan 26 gol liga ketika itu.

Ketika di bawah Moyes, Robin Van Persie mulai bergelut. Namun ramai yang mengharapkan Van Gaal akan membantu kebangkitan semula Van Persie.

Ini kerana Van Persie adalah pemain penting Van Gaal ketika mengendalikan skuad Belanda.

Van Persie cemerlang dalam aksi Piala Dunia 2014, dan salah satu aksi ikonik beliau adalah ketika membelasah Sepanyol.

Namun ianya tak seindah yang disangka. Malah Van Persie sendiri terkejut dengan cara kejam Van Gaal memberitahu bahawa beliau sudah tak diperlukan lagi di Old Trafford.

Pada suatu hari, Van Gaal memanggil kesemua pemain untuk berbincang tentang projek masa depan di Old Trafford.

Van Gaal: Kau boleh berambus

Dan tiba giliran Van Persie. Beliau penuh harapan akan terus diberikan kepercayaan di Old Trafford.

Namun itu tak berlaku. Van Persie berkata:

“Saya ada sesi empat mat dengan Louis Van Gaal. Dan beliau berkata: ‘Ok Robin. Jalan kita akan terpisah. Saya jurulatih, dan kamu pemain. Kamu harus pergi, masa kamu di sini sudah berakhir’,”

Van Persie berkongsi kisah itu ketika podcast – High Performance Podcast.

“Saya pun cakap: ‘Ya, tapi saya masih ada kontrak kan?’ Van Gaal kata: ‘Saya tak kisah’.”

“Kejam!”

“Pada pengakhiran karier saya di sana, saya memang tahu masa saya akan tiba juga untuk pergi, namun saya tak sangka dengan cara sebegini kejam. Dan cara dia bercakap tu …”

“Banyak benda yang berlegar di fikiran kamu apabila kamu menerima mesej seperti itu.”

“Saya masih ada kontrak. Keluarga saya gembira di sana. Itu adalah tahun kesebelas saya di England. Kami sekeluarga suka tinggal di England. Apa lagi selepas ini?”

“Anak saya bersekolah di sana dan ramai rakan di sana. Jadi ianya seperti berlaku hanya sekelip mata dan kesemua perkara itu berlegar di kepala kamu. Macamana kamu nak memberikan respon.”

“Saya berkata kat Van Gaal: ‘Kita tengoklah nanti apa bakal berlaku. Itu pandangan kamu. Saya ada kontrak lagi di sini, dan saya gembira di sini di England dan di Manchester. Jadi tengoklah nanti macamana’.”

“Saya terus berdiri dan berjabat tangan dengan dia dan terus beredar.”

Van Persie menegaskan Van Gaal memang langsung tak mengubah fikirannya. Pada pra musim, nama Van Persie dikeluarkan daripada latihan 11 v 11.

Baca yang lain