Deadpool sendiri, telah mengesahkan bahawa filem Deadpool 3 kini sedang dalam pembikinan di Marvel Studios.
Ini berita yang pastinya ditunggu – tunggu oleh peminat Deadpool yang menggemari karakter adiwira yang penuh dengan dark humor ini.
Pelakon utama iaitu Ryan Reynolds sendiri mengesahkan hal tersebut ketika wawancara pada Hari Natal dalam rancangan With Kelly.
Di mana keseluruhan krew dan para pelakon sedang berada di studio untuk penggambaran sekuel filem tersebut.
Ryans berkata: “Kami sedang mengusahakannya ketika ini dengan keseluruhan pasukan.”
Ryan Reynolds has confirmed he is working on Deadpool 3 with Marvel Studios, says 'the whole team' is on board. https://t.co/aUIB70ot8l pic.twitter.com/4BSddqKOSD
— IGN (@IGN) December 27, 2019
“Kami sedang berada di studio Marvel ketika ini, dan ia tiba tiba menjadi seperti satu liga yang besar. Ianya agak gila, Dan ya, kita sedang dalam pembikinan.”
Beberapa bulan lalu, penulis bersama filem ini iaitu Paul Wernick menunggu lampu hijau daripada bos bos di Marvel untuk penghasilan filem ini.
Beliau membayangkan segala skrip dan jalan cerita sudah sedia. Paul berkata: “Kami cuma menunggu lampu hijau daripada mereka yang di atas sana.”
“Banyak perkara yang perlu disusun, contohnya, cuba memastika Deadpool berada di Marvel Universe dengan karakter lain dalam MCU.”
Deadpool 3 dijangkan akan terus mengekalkan rating R. Ini memerlukan penonton di bawah 17 tahun ditemani ibu bapa ataupun orang dewasa untuk menontonnya.