Saat Ultras Di Brazil Masuk Padang Dan Ajar Keeper Cara Tangkap Bola

Tanpa penyokong bola sepak itu tiada maknanya. Itu adalah istilah yang sering kita dengar ataupun bahasa.Inggerisnya without fansfootball is nothing.

Seorang penyokong akan melakukan apa sahaja Untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan kesayangan mereka.

Salah seorang penyokong ultras di Brazil sanggup menceroboh masuk ke padang hanya untuk menunjukkan kepada penjaga gol cara sebenar untuk menyelamatkan bola.

Aksi lucu beliau melakukan tutorial cara menyelamatkan bola itu mencuri perhatian peminat yang ada di stadium sebelum beliau kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa.

Santa Cruz tewas 2-1 di tangan ASA dalam aksi saingan liga bola sepak division keempat Brazil Serie D, dengan salah seorang penyokong jelas sekali tidak gembira melihat persembahan penjaga golnya.

Pasukan pelawat mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil gol sendiri yang dijaringkan oleh Alex Alves Cardoso pada aksi babak pertama permainan.

Rafael Victor de Oliveira Furtado kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan untuk Santa Cruz mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-78 permainan.

Walau bagaimanapun, Roger Gaucho muncul menjadi wira pasukan pelawat selepas beliau cemerlang menjaringkan gol kemenangan untuk ASA yang kini memimpin carta saingan liga.

Kemudiannya sebaik wisel penamat dibunyikan, salah seorang peminat telah menceroboh masuk ke padang di Arruda Stadium seterusnya memalukan penjaga golnya sendiri, Klever Rodrigo Gomes Rufino.

Klever ketika itu masih berada di gawang golnya dengan penyokong tersebut masuk ke padang terus pergi menemuinya.

Apa yang menariknya, penyokong tersebut dengan segera menunjukkan tutorial cara sebenar menangkap bola dan Klever ketika itu hanya sekadar memerhatikan sahaja gerak geri penyokong itu.

Beliau melakukan tutorial tersebut tanpa menggunakan bola dengan 20,000 penyokong yang hadir ke stadium telah memberikan tepukan yang sangat gemuruh kepada penyokong tersebut.

Klever masih tetap tenang dan tidak memperdulikan tingkah penyokong tersebut dengan beliau tenang mengambil botol minuman serta towelnya lalu segera berjalan meninggalkan kawasan tersebut.

Salah seorang petugas stadium cuba mengajak penyokong itu keluar meninggalkan padang, dengan penyokong itu kemudiannya kembali berpaling lalu sekali lagi mengulangi tutorial tersebut.

Berkali-kali beliau melayangkan badan sambil membebel seolah-olah mahu memberitahu Klever yang itulah cara sebenar menyelamatkan bola.

Melihat beliau masih berkeras mahu menunjukkan tutorial itu, pihak polis akhirnya datang dan membawa beliau keluar meninggalkan padang.

Para penyokong kemudiannya memboo pihak polis yang membawa penyokong tersebut keluar meninggalkan padang.

Beliau kemudiannya di bawa terus masuk ke terowong dan ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong tersebut telah ditangkap.

Video tersebut telah mendapat lebih dari satu juta tontonan dengan para penyokong sangat terhibur melihat tindakan peminat yang menceroboh masuk ke padang itu.

“Ini lah tindakan yang sepatutnya kita lakukan kalau ada pemain yang tak berprestasi, masuk ke padang dan terus tunjukkan pada mereka cara sebenar bermain.”

“Saya rasa Santa Cruz sepatutnya menandatangani beliau untuk menjadi penjaga gol utama atau setidak-tidaknya jurulatih penjaga gol.”

“Macam mana dia boleh terfikir mahu masuk ke padang dan menunjukkan tutorial tersebut. Cara yang kreatif dan sangat bijak.”

“Saya rasa ini cara paling bijak penyokong nak kritik pemain, masuk padang terus tunjukkan cara sebenar bukan sekadar memaki hamun.”

Jelas sekali para penyokong yang ada di stadium terhibur dan bersetuju dengan tindakan dari peminat tersebut namun tetap tidak bersetuju dengan cara beliau menceroboh masuk ke padang.

Namun keberanian beliau meluahkan ketidakpuashatian beliau itu selayaknya dipuji dan dikagumi.

Mungkin saja penjaga gol itu selepas ini akan lebih berhati-hati dan akan memanfaatkan ilmu yang beliau belajar itu berjaya untuk menangkap bola dengan lebih baik.

Sumber: SPORTbible

Baca yang lain