Sabah 4 UiTM 0: Sabah Buli UiTM Selama 90 Minit Dan Menang Mudah

Sabah melalui fasa baik selepas Kurniawan Dwi Yulianto diberi surat amaran oleh kelab di media sosial. Kurniawan diberi 3 perlawanan untuk dinilai semula kedudukannya, Sabah mengutip 7 mata dalam 5 perlawanan terakhir, sebelum itu Sabah hanya meraih 1 mata pada 4 perlawanan awal.

Pertemuan menentang UiTM, Sabah membuli pasukan bimbingan Redzuan Abdullah sepanjang perlawanan. UiTM gagal membuat sebarang percubaan tepat untuk menguji penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining sehinggalah pada minit ke-77.

Sabah melakukan 3 percubaan selepas 17 minit permainan melalui Sam Johnson. Pemain dari Liberia itu menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-28 selepas menolak bola muntah Dominic Picak yang gagal menangkap kemas percubaan dari Amri Yahya.

Johnson mencipta gol ke-2 Sabah selepas melakukan hantaran kepada Saddil Ramdani untuk pemain Indonesia itu menjaringkan gol. Sabah mendahului UiTM 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama, UiTM gagal melakukan sebarang percubaan tepat. Hanya mempunyai 1 percubaan tersasar.

Bermula babak kedua, akibat kurang ancaman dibahagian bawah, Park Tae Soo naik sehingga dalam kotak penalti lawan untuk bermain 1-2 bersama Saddil. Gerakan itu menghasilkan gol ke-3 Sabah.

Maxsius Musa yang masuk menggantikan Amri Yahya hampir menjaringkan gol ke-4, namun percubaan menarik dari sepakan percuma pada minit ke-71 diselamatkan dengan cemerlang oleh Picak.

Selepas berehat agak lama akhirnya Robson diuji oleh Shafiq Al Hafiz Dawawi melalui sepakan percuma pada minit ke-73. UiTM mendapat sepakan sudut dan cubaan Asyraf Hayqal Zainal sekali lagi diselamatkan Robson.

Itulah 2 percubaan tepat yang berjaya dilakukan UiTM sepanjang 90 minit perlawanan.

Saddil sekali bertindak cemerlang apabila melakukan kuisan ke belakang kepada Bobby Gonzales untuk pemain itu menjaringkan gol ke-4 Sabah.

Sabah menang mudah dan membuli UiTM yang turun menggunakan hanya 2 tenaga import.

5 Perkara yang digariskan tentang perlawanan ini

1. PERLAWANAN MUDAH SABAH, UITM GAGAL MEMBERI CABARAN

Serangan UiTM tidak dapat dipanjangkan di ke kawasan final third, majoriti serangan mereka mudah dipatahkan Sabah. Khairul Izuan Abdullah tidak mempunyai kreativiti yang cukup untuk melakukan hantaran yang memecah blok pertahanan yang dikemudikan Tae Soo dan Risto Mitrevski.

Rafie Mat Yacoob dan Dirga Surdi juga tidak menyumbang sebarang hantaran kepada Nana Poku yang kelihatan terasing antara satu sama lain. UiTM hanya bermain hantaran di tengah padang tanpa visi.

Perlawanan berat sebelah yang menyaksikan hanya Sabah melakukan serangan sehingga dalam kotak penalti lawan.

2. SADDIL CEMERLANG, JOHNSON BOLEH TAHAN

Johnson terlibat dengan 2 jaringan awal Sabah. Dia menjaringkan gol pertama apabila menyerang bola muntah dari Picak. Selepas itu dia melakukan hantaran untuk Saddil memberi jaringan ke-2 pasukan.

Visi hantaran Saddil agak menonjol dalam perlawanan ini apabila beberapa kali membelah pertahanan UiTM. Selepas melakukan 1 jaringan, Saddil melakukan 2 bantuan untuk jaringan ke-3 dan ke-4 Sabah.

Saddil melakukan tolakan kebelakang tanpa melihat kedudukan Bobby Gonzalez. Pemain itu terus melakukan percubaan gol dengan hanya 1 sentuhan.

3. ROBSON HANYA BEREHAT, POKU JARANG MENERIMA BOLA

Penjaga gol Sabah, Robson hanya melihat permainan Sabah tanpa diuji oleh UiTM sehingga minit ke-77. Dia hanya melakukan 2 aksi dalam minit tersebut dan kembali berehat selepas itu.

Penyerang UiTM pula jarang menerima bola untuk melakukan ancaman di dalam kotak penalti lawan. Gerakan Dirga Surdi, Khairul Izuan Abdullah dan Rafie Yaacob mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Sabah.

4. MADINDA & SADDIL MENJADI HUB KREATIVITI SABAH

Sabah sebenarnya beruntung mempunyai 2 pemain yang boleh menawarkan kreativiti hantaran dan serangan. Tetapi kecergasan Madinda dilihat masih belum berada di tahap maksima.

Dalam perlawanan tersebut Saddil jelas menjadi pemain terbaik perlawanan namun beberapa hantaran jauh dari Madinda sering menghadirkan ancaman dalam kotak penalti UiTM.

Ketiadaan Victor Nirennold dan Khuzaimi Piee cukup untuk membuatkan pertahanan UiTM kacau bilau dengan hantaran dari 2 pemain ini.

5. SABAH KEMBALI DALAM SAINGAN, UiTM CALON KUAT KE LIGA PERDANA

Sabah melonjak ke tangga ke-8 dengan pungutan mata, menjarakkan 4 mata di zon penyingkiran. Sementara itu UiTM menrekod kekalahan ke-5 berturut-turut atau kekalahan ke-8 dari 9 perlawanan.

Kehadiran Madinda dan Johnson meningkatkan kualiti skuad Kurniawan disamping persembahan Saddil semakin meningkat. UiTM pula semakin bergelut dengan barisan pemainnya selepas Adam Reed dikeluarkan.

Abou Bakr Al Mel tidak mampu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rabih Ataya yang berhijrah ke Kedah.

RUMUSAN

Sabah menang mudah, membuli UiTM selama 90 minit.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil