Sabina Altynbekova Dikritik Kerana Terlalu Cantik Untuk Bermain Bola Tampar

Sabina Altynbekova dianggap pemain bola tampar tercantik di dunia pada ketika ini. Dan kalau pun ada yang lagi cantik, maka Sabina tetap menjadi menjadi salah seorang daripada mereka yang tercantik itu di lapangan bola tampar.

Sabina mewujudkan satu fenomena tersendiri dalam dunia bola tampar.

Sabina Altynbekova lahir di Aktobe, Kazakhstan on November 5, 1996. Dia lahir di dalam keluarga Muslim dari pasangan Abay (father) dan Nuripa (mother) Altynbekova.

Instagramnya kini memiliki 1.1 juta pengikut. Sabina memiliki syarikat jenama pakaian miliknya sendiri.

Namun bagi Sabina, itu bukan perkara yang bagus untuk dirinya. Cantik itu perkara yang subjektif. Dan Sabina selalu menyatakan dia hanya bersolek biasa biasa je sebagai atlet.

Gadis berketinggian 182 sentimeter ini mengikat rambutnya untuk tidak mengganggu penglihatannya di gelanggang.

Sabina mengakui, perhatian yang tidak diigini terpaksa diterimanya. Di dalam gelanggang, ramai peminat lelaki yang hadir ke arena untuk menyaksikan kecantikan paras rupanya berbanding dengan aksinya.

Oleh kerana wajahnya yang cantik, Altynbekova meningkatkan popularitinya di kalangan peminat bola tampar dan sukan secara amnya.

Sabina membawa peminatnya untuk menyaksikan sukan tersebut.

Walaubagaimanapun, itu betul-betul membebankan atlet yang baru berusia 24 tahun itu. Sabina lahir pada 5 November 1996.

Kecantikan Sabina mulai menjadi perhatian dunia dan media ketika Kejuaraan Bawah 19 Tahun Asia di Taipei pada tahun 2014.

Sebelum ini, pertandingan ini tidak begitu ditonjolkan oleh media tempatan dan dunia, tetapi semuanya berubah kerana Altynbekova.

Sabina menjadi penyeri dan penarik kepada penonton untuk datang ke arena dan juga menyaksikannya di tv.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari media bercerita tentang Sabina Altynbekova.

Sehingga peminat sejati sukan bola tampar merasakan sukan tersebut tidak dihayati kerana nilai prestijnya. Tetapi kerana tarikan seksual yang ada pada atlet secantik Sabina Altynbekova.

Lantas ada beberapa pihak yang mengkritik Sabina Altynbekova kerana terlalu cantik untuk bola tampar sehingga menarik perhatian ramai ke arah sukan itu dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Peminat hanya menatapnya dan mereka tidak lagi mengikuti kejuaraan ini sebagai kejohanan sukan,” kata Vesti, sebuah akhbar harian terkemuka di Kazakhstan.

Penonton datang ke arena bola tampar untuk tidak menonton permainan, tetapi untuk menonton Sabina Altynbekova sahaja.

Ketua jurulatih pasukan Kazakshtan B-19, Nurlan Sadikov turut tidak selesa dengan perhatian media dan orang ramai kepada Sabina yang menurutnya pada cara yang tidak sepatutnya.

Mereka bukan lagi melihat Sabina sebagai pemain bola tampar tetapi sebagai gadis yang menawan.

Nurlan berkata:

“Tidak mungkin kita boleh bekerja seperti ini. Penonton berkelakuan seperti hanya ada satu pemain dalam kejuaraan,” katanya kepada Tengrin News.

Sabina secara jujur menyatakan, pada awalnya dia suka dengan perhatian media dan orang ramai kepadanya. Namun selepas keadaan menjadi sukar dikawal, Sabina mulai rimas.

Sabina menganggap perhatian yang tidak sepatutnya yang diterimanya itu adalah tidak menggembirakannya.

Media dan peminat fanatik yang memuja kecantikannya – bukan aksi bola tamparnya – telah berlebihan. Apa sahaja yang dia lakukan menjadi bualan dan cerita.

“Pada mulanya saya rasa berbesar hati dengan perhatian seperti itu, tetapi semuanya menjadi sedikit berlebihan. Saya mahu menumpukan perhatian untuk bermain bola tampar dan menjadi terkenal kerana itu, bukan yang lain,” jelasnya.

Dari 2017 hingga 2020, Sabina Altynbekova disenaraikan sebagai sebahagian daripada kelab bola tampar yang bernama Almaty. Dia bertekad untuk memperkuat pasukan kebangsaan Kazakhstan di Olimpik Tokyo.

Sabina kini menjadi bintang global yang dikenali.

Baca yang lain