Bekas pemain tengah Man United Marcel Sabitzer menyatakan dia agak simpati dengan rakan rakannya di Manchester United kerana beberapa situasi yang membuatkan kelab itu dalam kesulitan.
Sabitzer menyertai Man United secara pinjaman musim lalu. Namun kelab tidak menandatanganinya secara tetap. Sabitzer faham ada beberapa perkara yang menghalangnya.
Bercakap tentang masa dia di Man United, pemain itu berkata: “Saya berasa sangat positif ketika berada di Manchester United. Dan saya sangat suka kalau dapat kekal.”
“Kamu tanya diri sendiri, apa yang berlaku sebenarnya di sini? Saya melihat banyak suara bising, keputusan tak memihak, mereka kalah di tempat sendiri, di mana ianya sukar untuk difikirkan pada musim lalu.”
“Mereka juga masih tidak dapat menyelesaikan isu pemilikan kelab. Saya simpati dengan mereka kerana mereka semua orang yang baik baik, dan sangat dahagakan kejayaan.”
Isu pemilikan di United benar benar rumit. Legenda kelab, Gary Neville antara yang selalu beranggapan isu itu telah memberikan impak kepada prestasi pasukan di atas padang.
Di mana pengurus dan pemain tertanya tanya siapakah pemilik mereka selepas ini dan apa hala tuju mereka.
Beberapa minggu lalu, Sheikh Jassim sudah menarik diri daripada bidaan untuk mendapatkan Man United. Dan kini Glazer sedia menjual 25% sahamnya kepada Sir Jim Ratcliffe.
Sabitzer yakin Erik Ten Hag akan dapat mengembalikan kegemilangan Manchester United. Cuma pengurus itu masih memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk dia membentuk pasukan United yang benar benar kuat.