Sadio Mane memberitahu BeIN Sports bahawa Liverpool telah mengubah jadual latihan mereka demi membantu para pemain beragama Islam menunaikan ibadat puasa mereka dengan sempurna sepanjang bulan ramadan.
Menariknya, Liverpool FC ataupun mana mana staf Jurgen Klopp tidak pernah menghebahkan perkara tersebut kepada media. Di mana Klopp hanya menyatakan bahawa mereka berlatih seperti biasa termasuk para pemain yang beragama Islam yang berpuasa.
Tetapi Sadio Mane merasakan bahawa ianya perkara yang baik untuk dikongsikan kepada dunia ketika dia menjawab soalan wartawan.
Ramadan tahun ini di UK bermula 1 April dan berakhir pada 1 Mei. Dan ianya satu cabaran besar buat pemain bola sepak yang berlatih dan bermain bola sepak profesional terutama sekali jika anda pemain Liverpool yang bermain dengan intensiti tinggi.
Beberapa tahun lalu, Klopp menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang pemainnya berpuasa. Kerana ada banyak perkara dalam hidup manusia yang lebih penting daripada bola sepak. Ini termasuk pemain yang mahu mendekatkan diri mereka dengan tuhan mereka untuk kerohanian.
Ketika ini Liverpool ada Sadio Mane, Mo Salah, Ibrahima Konate dan Naby Keita yang berpuasa.
Henderson jumpa Klopp
Menurut Sadio Mae, kapten kelab mereka Jordan Henderson telah berjumpa sendiri dan berbincang dengan Jurgen Klopp mewakili 4 pemain Muslim tersebut.
Kepimpinan Henderson memang terpuji. Sebelum ini BBC melaporkan bahawa Henderson antara kapten telah bersuara mewakili kapten di EPL berkenaan dengan buka puasa di atas padang melibatkan pemain berpuasa.
Musim ini EPL membenarkan pengadil menghentikan permainan seketika untuk memberikan peluang pemain berbuka puasa di atas padang. Salah satu daripada tugasan kapten adalah memaklumkan kepada pengadil tentang pemain mereka yang berpuasa jika perlawanan berlangsung ketika sudah memasuki waktu berbuka puasa.
Menurut Mane, Henderson telah berbincang dan mencari solusi terbaik untuk semua pihak.
Dan Klopp bersetuju untuk mengubah jadual latihan mereka. Jadual latihan ditukar daripada petang kepada latihan sebelah pagi. Lebih menarik apabila pemain pemain lain yang bukan beragama Islam turut bersetuju dan tiada masalah untuk melakukannya demi saudara mereka.
Mane menyifatkan Liverpool sebagai kelab yang benar benar menyokong pemain beragama Islam mereka untuk menunaikan kewajiban mereka.
Liverpool striker describes club’s support for Muslim players during Ramadan https://t.co/TfWWR7vtZR
— Orbital Affairs (@Orbital_Affairs) April 27, 2022
Bercakap kepada BeIN Sports, Mane menjelaskan: “Ianya tak mudah untuk bermain dan berlatih sambil menunaikan Ramadan [berpuasa], tak mudah sama sekali.”
“Namun sebelum Ramadan tiba lagi, kami cuba memberitahu kapten kami untuk memberitahu bos, mana tahu kalau dia boleh menukar jadual latihan untuk berlatih di sebelah pagi.”
“Ini [latihan sebelah pagi] memudahkan kami [yang berpuasa]. Apabila kamu berlatih sebelah pagi, kamu ada masa yang cukup untuk berehat di rumah. Jika kamu berlatih dalam pukul 2 atau 3, ianya sangat sukar.”
“Pengurus kata, YA! Dan saya rasa ini yang membuatkan kami menjadi lebih mudah dan kami [sebagai balasan] akan cuba memberikan yang terbaik yang kami mampu.”
Ditanya bagaimana para pemain mengendalikan puasa mereka pada hari perlawanan. Mane berkata: “Ianya tak muda, namun seperti biasa, hari perlawanan memang perkara yang berbeza [berbanding hari lain walaupun bukan pada bulan ramadan].”
“Dengan Ramadan yang agak sukar untuk pemain bola sepak, saya rasa Liverpool, mereka cuba membuatkan segalanya lebih mudah untuk kami.”
Sadio Mane meneruskan rentak cemerlangnya dengan menyumbat satu lagi gol menentang Villarreal. Aksi tersebut adalah selepas waktu berbuka puasa.
Mohamed Salah dan Ibrahima Konate bermain 90 minit. Mane bermain 73 minit dan Naby Keita masuk pada 20 minit terakhir.
Apa yang pasti ratio gol Sadio Mane pada bulan ramadan kali ini benar benar gila.
Sadio Mané reveals how Liverpool has changed the schedule of the Muslim players in the squad to work around fasting during the holy month of Ramadan. 🌙🤲
🎤 @IbrahimKhadra#beINUCL #Ramadan #LFC pic.twitter.com/BLVWyc6zFW
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) April 27, 2022
Diari Ramadan Sadio Mane: Catat Ratio Gol Terbaik Dalam Sebulan Untuk Musim Ini
Ramai yang menganggap puasa itu satu cabaran untuk bekerja ataupun melakukan aktiviti fizikal. Namun tidak untuk Sadio Mane.
Malah sejak 1 Ramadan, Mane meningkatkan lagi ratio gol dan assistnya.
Ramadan kali ini nampaknya memberikan satu rahmat tersendiri buat Sadio Mane. Penyerang Liverpool itu kembali ke fasa terbaiknya dalam menjaringkan gol sejak memasuki bulan puasa.
Kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan jelas sekali tidak memberikan impak langsung kepada prestasi Sadio Mane di Liverpool.
Sebaliknya, ketajaman penyerang jejaka kacak asal Senegal itu lebih ganas.
Sejak memasuki bulan puasa atau setakat 2 April, Sadio Mane secara tidak langsung telah melalui tempoh paling prolifik musim ini bersama Liverpool.
Secara keseluruhan, dia telah menjaringkan 6 gol untuk The Reds bulan ini dalam pelbagai pertandingan – sepanjang bulan Ramadan.
Sadio Mane menyumbang 1 gol dalam kemenangan 4-0 Liverpool ke atas Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana ke-30 yang ditunda di Anfield, Selasa. Beliau turut menyumbang 1 assist luar biasa cantik kepada Mohamed Salah.
Kemudian dia menjaringkan gol dalam aksi berdepan Villarreal pada minggu terakhir Ramadan beliau.
Dia memulakan Ramadan tahun ini dengan perlawanan menentang Watford yang membawa kepada kemenangan 2-0 untuk Liverpool. Mane tidak menjaringkan gol atau assist dalam perlawanan itu.
Pada aksi berdepan Benfica dalam aksi UCL, Mane menjaringkan 1 gol di Estadio Da Luz dalam kemenangan 1-3 Liverpool.
Seterusnya Sadio Mane menjaringkan gol penyamaan dalam aksi menentang Manchester City di Etihad pada saingan EPL. Di mana gol Mane itu membantu Liverpool mendapat 1 mata.
Mane tidak menjaringkan gol atau assist dalam aksi kedua berdepan Benfica. Di mana dia masuk minit ke-66 menggantikan Luis Diaz.
Masuk ke aksi separuh akhir Piala FA di Wembley. Mane menjaringkan 2 gol lagi untuk Liverpool. Salah satu daripadanya adalah menerusi satu pressing terus ke arah penjaga gol dan terus masuk.
Mane secara asasnya menjadi penjaring gol kemenangan Liverpool ataupun Matchwinner dalam separuh akhir tersebut selepas Liverpool menang 3-2 ke atas Man City yang cuba bangkit pada lewat perlawanan.
Since he arrived in England, no player has scored more goals against Manchester City than Sadio Mane (10) 🔥 pic.twitter.com/eDNwx2AN4p
— GOAL (@goal) April 16, 2022
Beberapa hari kemudian, Sadio Mane kembali menggegar gawang gol kelab Manchester. Kali ini ketika menentang Manchester United di Anfield. Di mana Liverpool menang mudah 4-0 dalam perlawanan tersebut.
Sadio Mane menjaringkan 1 gol dan 1 assist kepada Mo Salah.
Mane tidak menjaringkan gol dalam aksi derbi Merseyside. Namun kembali menggegar jaring ketika berdepan Villarreal.
Jadi keseluruhannya pada April ini, Sadio Mane sudah menjaringkan 6 gol dan menyumbang 1 assist. Ianya adalah rekod jaringan terbaik Sadio Mane dalam tempoh sebulan pada musim ini.
Rekod terbaik Mane dalam kalendar sebulan adalah pada Februari 2022, September 2021 dan Ogos 2021, dengan 3 gol.
Sadio Mane membuktikan bahawa puasa bukannya satu masalah untuk pemain sepertinya beraksi di tahap tertinggi.
Sadio Mane yang sudah bertahun tahun menjalani ibadat puasa sambil bermain bola sepak profesional sudah terlalu bagus dalam menyesuaikan diri dan menjalani rutin latihan dan jadual pemakanan berbeza.
Sebelum ini terdapat kajian yang menyebut bahawa, masalah pemain yang kerap turun prestasi pada bulan puasa adalah kerana mereka tidak menjaga tidur mereka sebaiknya dan kerap tidur lewat kerana bersosial bersama kawan kawan. Selain itu, isu pemakanan tidak sihat juga kerap menjadi cabaran pada bulan puasa. Di mana ramai pemain akan mengambil makanan tradisional mereka yang selalunya bergula dan bergaram lebih.
Sadio Mane dikenali dengan disiplinnya dalam menjaga diri. Jurgen Klopp pernah menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang pemain berpuasa dan memberikan kebebasan kepada pemain untuk menjalani ibadat spiritual mereka.
#Liverpool, 27 april 2022…
(Foto Getty) #SadioMané #LFC#LiverpoolVillarreal #UCL pic.twitter.com/KOrHph4XzH— Hans V⭕️S (@voshans) April 27, 2022