Sadio Mane Kecewa Tiada Nama Mendy Dalam 30 Finalis Ballon D’Or

Walaupun di Liga Perdana Inggeris, Sadio Mane dan Edouard Mendy bermusuhan selaku seteru. Tetapi itu tidak mengubah hakikat bahawa kedua duanya bermain di bawah panji yang sama di peringkat antarabangsa.

Kapten Senegal, Sadio Mane tampil mempertahankan kredibiliti Edouard Mendy yang menurutnya layak berada dalam senarai pendek 30 finalis Ballon d’Or.

Ballon d’Or sebelum ini mengeluarkan 30 nama finalis. Salah satu nama yang membuatkan ramai terkejut adalah Edouard Mendy yang tidak berada dalam senarai itu.

Walaupun musim lalu membantu Chelsea menang UCL. Mendy beraksi sangat luar biasa. Melakukan 9 clean sheets daripada 12 aksi UCL.

Hanya bolos 3 kali ketika berdepan Stade Rennais, FC Porto dan Real Madrid.

Bercakap kepada Onze Mondial, Mane lantang mempersoalkan senarai tersebut.

Mane berkata: “Ianya tak boleh diterima. Saya sangat tak faham bagaimana ianya berlaku. Ini sangat mengesalkan.”

Sebelum ini, Kalidou Koulibaly turut vokal tentang ketiadaan nama Mendy dalam senarai 30 akhir tersebut.

Edouard Mendy pula hanya berlapang dada dan bersyukur kerana namanya tetap berada dalam senarai pencabar anugerah Lev Yashin.

Mendy berkata “Seperti yang telah saya katakan, sejujurnyam, ​​saya sudah sangat bangga mewakili negara saya antara 10 penjaga gol terbaik di dunia.”

“Dalam setahun, ia sudah menjadi perkara yang sangat baik. Saya tidak bergantung pada kejayaan saya, saya ada banyak cita-cita, tetapi buat masa ini, saya sudah melalui langkah yang baik.”

“Kemudian, akan selalu ada perdebatan, sama ada mengenai saya atau orang lain. Ini hanya kebebasan memilih oleh wartawan dan kebebasan bersuara mereka dan anda harus menghormatinya ”.

Sejak Mendy berpindah dari Stade Rennais ke Chelsea pada musim panas 2020, beliau sudah melakukan 29 clean sheet dalam 53 perlawanan, hanya bolos 34 kali dalam proses tersebut.

Baca yang lain